Pemimpin #DAP sakit jantung tengok gambar ini

•April 9, 2016 • Comments Off on Pemimpin #DAP sakit jantung tengok gambar ini

image

TPM dgn Tuan Guru DR Harun Din adalah sahabat baik dan juga guru beliau dlm menuntut ilmu agama..

Pemimpin DAP akan sakit jantung bila melihat TPM hadiahkan AlQuran kepada Tuan Guru..

Adab murid dan guru..
walau hanya satu huruf..
walau hanya sepotong ayat yg di ajarkan..

Bila guru sakit dan ditimpa musibah setidaknya pasti perasaan sedih tidak mampu dtahan dan dtanggung lagi oleh seorang murid dan juga sahabat baiknya..

image

Pemimpin DAP akan sakit jantung bila melihat pemimpin kita bersatu.

Mereka akan merasa bimbang perpecahan yang menguasai masyarakat akan berakhir.

Umat Islam pula menaruh harapan agar kesepakatan pemimpin ini akan menyelesaikan segala titik bengik yang telah membantutkan kemajuan umat Melayu Islam yang sepatutnya menjadi tuan menguasai bumi bertuah ini.

Pemimpin DAP akan sakit jantung bila melihat semua pemimpin Islam bersatu.

Pemimpin DAP akan sakit jantung bila melihat ada unsur dan agenda penyatuan yang mula ditunjukkan oleh seluruh pemimpin Barisan Nasional.

STRATEGI MAHATHIR DAN WAN AZIZAH ?

•March 21, 2016 • Comments Off on STRATEGI MAHATHIR DAN WAN AZIZAH ?

image

Tun pada mulanya cuba memikat Anwar supaya menceburi bidang politik di dalam kerajaan kerana dilihat bersuara tentang kepincangan Kerajaan daripada luar. Tun telah dapat mencium bau gerakan Anwar ini semasa Anwar menjadi student leader di Universiti Malaya lagi.  Gerakan Anwar dilihat akan menjejaskan kerajaan pada masa itu.

image

Untuk maklumat Anwar dan Wan Azizah, semua dokumen-dokumen berkaitan Anwar termasuk profil semasa dibawah tahanan ISA, Tun lah yang menyimpannya dengan tujuan untuk menjatuhkan Anwar.

image

Apakah tujuan Tun berbuat demikian? Sedangkan pada masa itu ramai veteran UMNO sedang menjawat jawatan dalam Kabinet.

Tun sebenarnya berkecil hati bila ada ura-ura Anwar mungkin akan mencabarnya sebagai Presiden kemudian hari.

image

Apabila Umi Hafilda buat cerita Anwar perlu disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 1998, Tun telah mengarahkan supaya memanggil Anwar untuk berjumpanya dan secured pejabat Timbalan Perdana  Menteri dan Menteri Kewangan.

Tetapi Anwar tepuk meja. Marah. Tanya adakah Tun terikat dengan buku yang menjatuhkannya, ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’. Tun sanggup letak perakam untuk merakam percakapan Anwar dengan orang-orang yang ‘diminatinya’ dan berkepentingan “phone sex”.

image

Sekarang ni bukan main hebat sokong Tun. Atau sebenarnya Wan Azizah ni dah lama bersama Tun merancang untuk menjatuhkan suaminya sendiri? Sebelum Anwar dipecat pun, Wan Azizah pernah datang rumah Tun mengadu pasal Anwar.

Reformasi Anwar pun bermula. Pada tahun 1999, Anwar dibawa ke Mahkamah. Sebagai seorang kawan, TSMY dan Najib telah pergi ke rumah Anwar untuk bertanya khabar. Yang lain-lain tidak sebab takut kena sumbat sekali dengan Anwar.

Sekarang Tun macam orang lemas dalam sungai cetek. Apa saja yang lalu depan mata, dia akan capai untuk selamatkan diri. Dia sanggup bersekongkol dengan orang yang paling dibencinya. Lim Kit Siang yang diludah dulu pun boleh jadi kawan. Tak tahu la berapa lama berkawan.

Sebenarnya, Tun nak Mukhriz lawan KJ untuk jawatan Ketua Pemuda. Dia tahu KJ akan kalah kalau lawan 1-1 dengan Mukhriz. Tapi last minute, Khir Toyo jadi penyelamat dan masuk bertanding 3 penjuru. Inilah peluang untuk KJ menang melalui pecah undi. Ini kejayaan pertama KJ. Tahniah KJ.

image

Rancangan kali kedua, Tun minta Mukhriz bertanding Naib Presiden. Pada masa tu, Hishamudin caugh off guard bila Mukhriz tiba-tiba masuk bertanding last minute. Nasib baik Hishamudin menang. Zahid? Dia pun nyawa-nyawa ikan. Bukan ada duit. Cuma boleh bagi kuota orang nak pergi haji je.

image

Rancangan kali ketiga usaha untuk Mukhriz jadi Menteri Besar diteruskan. Sebelum Mukhriz jadi Menteri Besar, Tun negotiate dengan Najib untuk lantik anaknya sebagai Menteri Besar. Ahmad Bashah si jaguh kampung pula dilantik sebagai Senator dan up jadi Timbalan Menteri supaya dia keluar dari Kedah. Jadi post Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang dipegang Ahmad Bashah terpaksa dilepaskan untuk Si Anak Bangsawan sambut.

Dunia ni bulat. Bila-bila masa je boleh berubah.

Sekarang dah terbalik kod. Mukhriz yang terpaksa keluar Kedah.

Ini bukan kali pertama politik Kedah bergolak. Sebelum ni zaman Sanusi Junid. Tun panggil sorang-sorang ADUN-ADUN UMNO Kedah tanya kenapa mereka tak sokong Sanusi Junid. Tun guna kaedah ugutan yang dia akan dedahkan rahsia sesiapa sahaja yang tidak menyokong Sanusi Junid pada masa tu. Last-last, Sanusi jadi Menteri Besar Kedah.

Dia ni pun satu hal. Kedah tu negeri jelapang padi. Sawah bendang luas. Tapi dia cadang tanam padi atas bumbung rumah macam kat Jepun. Kan Kedah ni banyak tanah bendang. Kenapa perlu tanam padi atas bumbung. Sultan Kedah pun pening kepala.

Dulu orang tak tahu strategi Tun tapi sekarang rakyat mula sedar. Tun pengkhianat negara, bangsa dan agama. Dia amal sistem Pecah dan Perintah yang digunakan oleh British untuk kekal memerintah di Tanah Melayu.

PRU 14 bukan lagi tentang isu Najib tapi Tun.

UMNO diharamkan pun pada zaman Tun.

Parti-parti Melayu pecah kerana Tun.
UMNO berpecah kerana Tun.

Tun bukan tak boleh satukan parti-parti Melayu tapi dia tak nak.

Tak mustahil sejarah berulang kembali.
Masa tu, orang Melayu akan menyesal.

Hilang kuasa. Hilang ketuanan. Hilang segala-galanya.

Menang sorak, kampung tergadai. Semuanya kerana angkara Tun.
Tahniah Tun.

image

POLITIK MEMBUNUH – MAHATHIR

•March 17, 2016 • Comments Off on POLITIK MEMBUNUH – MAHATHIR

Politik membunuh

Tun masuk UMNO pada tahun  1959. Maknanya Tun masuk UMNO setelah Tanah Melayu merdeka. Tun tak berjuang bersama-sama dengan Tunku dan lain-lain yang telah memperjuangkan kemerdekaan. 

Mengikut sejarah politik Malaysia, Tun hanya melawan Tunku Abdul Rahman sahaja sebab pada Tun, Tunku adalah seorang yang Ultra Malay.  Tun berjalan atau dalam bahasa moden sekarang ni ‘tour’ ke segenap ceruk kampung untuk mendapatkan sokongan diseluruh negeri Kedah khususnya di kawasan yang dipanggil Kedah Selatan kerana Kedah Selatan yang merangkumi Pendang, Sik, Baling, Padang Serai dan Kulim.  Tempat-tempat ini dianggap kawasan strategik UMNO.  Tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menjatuhkan Tunku. Jatuhnya Tunku, bermakna menjatuhkan UMNO juga. Tun nak jatuhkan Tunku. Sebab tu lah akhirnyaTun dibuang dari UMNO.  Tun  nak porak perandakan UMNO.

image

Tahun 1969, Tun cuba untuk bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen Alor Setar Selatan dan malang sekali Tun kalah. Tun tak dapat jadi Yang Berhormat. Tapi Tun Razak ambil Tun masuk Parlimen sebagai Senator. Ya. Tun Razak, bapa pada Najib.
Tun Razak lantik Tun sebagai Senator pada tahun 1974, kemudian jadi Menteri Pelajaran dengan kekalahan yang disandang..

image

Sejarah politik Malaysia, siapa yang menjadi Menteri Pelajaran akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun dah tahu permainan politik masa tu. Dah mula menghidu bau jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Masa itu, ramai lagi ahli politik, orang-orang lama yang memang lebih senior dari Tun. Tanah Malaya ada Hussein Onn, ada Tengku Razali, ada Ghazali Shafie, ada Ghafar Baba.  Semua nya vateren-vateren UMNO.  Ada yang memegang Timbalan Presiden UMNO dan ada yang jadi Naib Presiden UMNO.  Bersemangat juga mereka dan teringin nak jadi TPM. 

image

Tapi masa Hussein Onn jadi Perdana Menteri, Tun dah potong barisan. Hussein Onn lantik Tun sebagai TPM.  Semua veteran-veteren tadi, Tun dah tewaskan. Tun naik tangga politik sangat laju. Hi speed, low track. Tak ada siapa dapat menghidu taktik Tun.

image

Sekarang ni, Tun nak bunuh karier politik Najib. Tun lupa ke Hussein Onn tu biras Tun Razak. Dia pakcik pada Najib.  Tun nak bunuh keluarga orang yang mengangkat Tun ke? Tun macam lupa siapa yang angkat Tun dalam politik. Siapa yang berikan Tun kepercayaan dan sokongan untuk masuk politik. Tun kata Melayu mudah lupa tapi sebenarnya, Tun yang pelupa. Tun lupa daratan bila Tun dah puas belayar di lautan luas. Tun lupa daratan bila Tun sedang terbang tinggi di awan. Tun lupa daratan bila nama Tun dijulang tinggi. Tanpa peluang dan ruang yang diberikan oleh Tun Razak dan Hussein Onn, Tun takkan jadi Perdana Menteri. Takkan. But you did because these two negarawan did gives you a morale and political support.

image

Sekarang, Tun bersekongkol dengan DAP. Siapa DAP? DAP parti proxy PAP Singapura yang menipu orang Melayu di Temasik sehingga sekarang, Orang Melayu Singapura seperti ditindas. Temasik yang dulu milik Orang Melayu, jadi milik orang Cina di sana. Melayu hanya pada nama. Melayu hanya pada lagu kebangsaan. Melayu hanya pada Bahasa Kebangsaan yang mana kita semua tahu, Singapura tak guna pun. Mereka guna Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dimomokkan sebagai Bahasa Kebangsaan unutk menunjukkan bahawa nilai dan kepentingan Melayu itu dijaga. Dilantik Presiden pertama Singapura dari Orang Melayu. Kemudian kosong..Melayu tiada kuasa di Singapura. Menteri berbangsa Melayu di sana hanyalah menjaga isu kebajikan. Nothing more but less. Melayu di Singapura ditipu hidup-hidup. Konon bila bertahalul siyasi dengan yang lain-lain, kepentingan Melayu di jaga. Tahu-tahu, ditipu pula.

image

Ni Tun dengan DAP. DAP guna-gunakan Tun je. Lepas dapat Malaysia ni, kubur Tun pun dorang pijak. DAP anak PAP. Lim Kit Siang dulu Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew. Mereka ni dah lama kenal. Matlamat pun sama. Nak tanah Melayu ni jadi milik kaum dia sedangkan mereka ni kaum yang terbuang dari Tanah Besar China.
Lupakah Tun?  Sekarang DAP angkat Tun.  DAP anak PAP Singapura, Lee Kuan Yew.  Lee Kuan Yew yang boleh maki Tun dan Tun boleh maki Lee Kuan Yew.  Tun tak ingatkah sejarah 1969?  Semua orang tahun melalui cerita-cerita dongeng dan disahkan lagi oleh Kerajaan yang mengeluarkan kertas putih di Parlimen. 

Sekarang Tun dah desperate tidak terhingga untuk membunuh anak cucu dan karier masa depan orang melayu yang bergantung harap dengan UMNO.  UMNO madah perjuangan orang-orang Melayu.  Orang Melayu jati bukan bersikap macam Tun.  Orang Melayu tak jati bersikap macam Tun Mutakhir, penyebab jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka. Pembelot. Kerana dia, sampai sekarang Melaka tak beraja. Tun pun sama juga.

image

Tun pinda Perlembagaan untuk kurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.  Raja adil, Raja dijulang. Raja zalim, Raja disanggah. Perihal Raja dan Rakyat : Raja umpama pokok, rakyat itu akarnya. Kuat akar, kuatlah pokok. Andai akar lemah, tersembam lah pokok menyembah bumi dikala dilanda hujan, rebut dan taufan. Raja lah tempat rakyat orang melayu menumpang kasih. Raja perlu adil pada rakyatnya dan juga semua manusia di dalam kawasan jajahannya. Itu pemimpin. Raja pemimpin orang-orang Melayu. Mungkin Tun sanggup tengok orang Melayu kemiskinan di tanah sendiri, papa kedana di bawah angkara DAP dan yang lain-lain.

image

Tun jangan ada niat jahat.  Mungkin suatu hari nanti Melayu hanya tinggal sejarah. Semuanya kerana perbuatan Tun. Nauzubillah Min Zalik.  Allahuakbar.

Politik Ketam Siri 3

•March 10, 2016 • Comments Off on Politik Ketam Siri 3

Politik Ketam 3

Tun Ghafar
Tun Ghafar Baba atau dikenali sebagai Pak Ghafar adalah pejuang kemerdekaan bersama-sama Tunku Abdul Rahman, Tun Saadon Zubir Tun Ghazali Shafiee.

Jasanya amat kita kenang dan pernah jadi Setiausaha Agung BN pada satu ketika dulu. Sekitar tahun 80-an, Parti PBS memerintah negeri Sabah.

image

Ketuanya Joseph Pairin Kitingan  telah mengalahkan Parti Berjaya yang dipimpin Dato’ Harris Salleh dan Parti USNO yang dipimpin oleh Tun Datu Mustafa. Pada masa itu, Pak Ghafar telah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan dan merupakan Naib Presiden UMNO.

Pak Ghafar telah ditugaskan oleh Tun untuk melebarkan sayap UMNO di Sabah. Pak Ghafar sering berulang-alik ke Sabah dan akhirnya mengenali mengenali Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Wanita dan Ketua-ketua Pemuda UMNO.

Ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri ini Pak Ghafar sering keluar negeri. Tun mengarahkan agar pergerakan Pak Ghaffar diperhatikan semasa dia di Sabah. Tun pernah bertanya Pak Ghafar “adakah kamu ke Sabah untuk memperkembangkan UMNO disana atau untuk mengembangkan politik sendiri di sana?” itu ungkapan Tun.

Orang ini harus dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini telah dicium oleh Anwar. Inilah peluang untuk Anwar menentang Pak Ghafar sebagai Timbalan Presiden UMNO.

image

Selepas beberapa ketika, ada usaha-usaha untuk mendesak Pak Ghaffar supaya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu kerana Anwar juga mahu bertanding.

Tamrin, kamu tak ingat ke bapa kamu yang dijatuhkan Tun dan mudahkan Anwar ambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri? Sedihnya kamu boleh bersekongkol dengan orang yang jatuhkan bapa kamu dalam sidang media Deklarasi Rakyat Mahathir-Kit Siang.

Orang yang sebijak Pak Ghaffar pun boleh jatuh, apatah lagi orang lain yang belum matang dalam politik?

image

Orang yang pernah berjuang dalam memperkasakan UMNO sejak ditubuhkan pun kecundang. Apatah lagi orang yang tak pernah berjuang pahit getir bersama UMNO. Hebat Tun. Melayu tak lupa tapi Tun lupa.
Tak terkira berapa Timbalan Perdana Menteri telah diturunkan.

Tun Musa Hitam
Anwar Ibrahim
Pak Lah
Dan sekarang ni Najib pula?

Zahid, Hishamuddin, Mahathir Khalid, ismail Sabri dan Sabri Cheek..beware..
Zahid masa jadi Ketua pemuda UMNO dulu pun, masa dia berpotensi melangkah lebih tinggi, Tun humban Zahid di bawah ISA.

Hishammudin pula, walaupun Tun naikkan kamu cepat, kamu pun boleh turun cepat.

Mahathir Khalid, walau pun nama kamu sama, tapi Tun benci sangat kat kamu sebab kamu pejuang Pak Lah.

Ismail Sabri,orang semua tahu kamu yang buat Lowyat 2. Tapi Tun dah baik dengan Kit Siang sekarang.. so Lowyat kamu pun akan bungkus. 
Sabri Cheek, kamu pernah hina Tun.. you would be next.

Tun ni tak serik-serik nak menjatuhkan anak-anak buah dia. Pantang naik, semua kena cantas. Harapkan pegar, pegar makan padi. Dah-dah la tu, Tun. Berhenti lah Tun, cukuplah setakat ini. Jangan porak-perandakan orang Melayu.

image

Enough is enough. Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Bagi peluang pada pemimpin-pemimpin sekarang untuk menerajui pemerintahan negara.

image

Terbaru, Azwan Ali pun kata “Mahathir diumpamakan seperti dah reput, nak buat kayu api masak rendang pun tak boleh”.

Jenis Ketam Yang Beracun Part 2

•March 10, 2016 • Comments Off on Jenis Ketam Yang Beracun Part 2

Sambungan Part 2

Siapa tak kenal Mahathir? Orang yang paling betul di Malaysia. Semua orang tidak betul.

Tunku Abdul Rahman tak betul.
Tun Hussein Onn tak betul.
Tengku Razaleigh Hamzah tak betul.
Tun Musa Hitam tak betul.
Anwar Ibrahim tak betul.
Pak Lah tak betul.
Dan kini Najib pun tak betul.
Dia saja yang betul.

image

Masa Tunku Abdul Rahman, Tunku sendiri cakap Tun hasut pegawai kerajaan, tentera dan polis untuk membenci Tunku.”Di dakyahkan ke seluruh kampong dan negeri”, itu kata Tunku pada waktu tu. Kalau lah Tunku masih hidup, takkan jadi macam ni. Tun tulis surat kepada Tunku minta Tunku meletak jawatan. Surat Tun tu pula disebarkan DAP masa pilihanraya kecil Johor Bahru tahun 1989.

Masa Pak Lah jadi PM, Tun suruh Muhyidin desak Pak Lah letak jawatan. Pak lah orang agama. Pak lah tak suka lawan. Pak lah serah pada Allah. Inilah pemimpin sebenar bukan pemimpin yang rasa betul selalu. Akhirnya, Pak Lah letak jawatan. Tun Win. Mission accomplished.

image

Kali ni Tun desak Muhyidin untuk Najib letak jawatan. Tapi Najib tak nak. Najib jiwa pahlawan Bugis. Pantang pahlawan menyerah kalah.  Itu yang buat  Tun marah sampai dia sanggup bersekongkol dgn orang yang pernah dia ludah. Orang yang pernah dia kata racist.

Apa yang dia buat baru-baru ini semua orang tahu. Dah boleh predict dah pun. Tun nak anak dia jadi PM. Tun tahu kalau Najib masih ada, anak dia tak boleh jadi PM. Hakikatnya, jika Najib ada, Mukhriz tidak akan dipilih dalam PRU 14. Anaknya tidak boleh jadi PM. Jadi…..penghalang perlu dihapuskan.

Najib perlu diturunkan bagi membolehkan  Mukhriz bertanding dalam PRU 14. Mukhriz akan jadi PM lepas PRU 14. Sekarang ni memang tak boleh sebab dia ADUN.

Semua orang tahu Mahathir pemimpin berpandangan jauh. Tapi jangan ingat semua orang bodoh. DSMY dan Syafie hanya boneka. Tengoklah nanti, Muhkriz yang akan naik.
Tapi semua orang tahu Mukhriz tak pernah menang.

Bertanding Ketua Pemuda kalah.
Bertanding Naib Presiden pun kalah.
Itu sebabnya Tun marah dengan  Najib. Itu sebabnya penghalang perlu dihapuskan. Najib perlu dihapuskan. Mukhriz perlu jadi PM.

Semua org tahu Mukhriz suka duduk KL. Sembahyang Jumaat pun di KL. Orang Kedah rindu pada Mukhriz. Jadi tidak heran pun bila Mukhriz letak jawatan Menteri Besar, Mukhriz terus naik flight ke KL dan bercuti ke luar negara dengan keluarganya.

Ini adalah Mukhriz tapi dia terpaksa ikut cakap bapa dia. Tun pun tahu usaha membawa anaknya, Mokhzani ke Mahkamah for insider trading. For Tun, something needed to be done in order to protect his family and legacy.

Ingat, Ustaz Fadhil pernah cakap dia berharap umur Tun  Mahathir cukup panjang supaya sempat melihat kerosakan yang pernah dilakukannya. Nampaknya, kita dah mula melihat kerosakan tu.

image

Jenis Ketam Yang Haram

•March 9, 2016 • Comments Off on Jenis Ketam Yang Haram

CERITA MAHATHIR-1

image

Politik Ketam

Melayu dan ketam tak dapat dipisahkan.

Bila seekor ketam naik, yang lain-lain secara berjemaah tarik la si kawan ni turun. Last-last, semua jatuh masuk bakul. Tokey datang ambil dan jual semua sekali. Untung tokey macam ni sebab tak ada ketam yang berjaya melarikan diri.

Sama la macam lanskap politik kita sekarang ni.

Jangan bercakap “Turunkan Najib”
Jangan bercakap “Turunkan Zahid”
Apa kata kita turunkan semua sekali?

image

Kita turunkan Hisyamuddin, pecat Muhyidin, pecat Syafie Apdal dan juga pecat Ahmad Said Teganu kita tu. Baru sama rata. Kata perpaduan. Kita naik sama-sama. Turun sama-sama.
Lepas tu, kita pakat-pakat tengok geng deklarasi tu yang naik. Dorang  muda-muda. Dorang boleh naik. Gigih dan kuat lagi nak mendaki puncak kuasa politik ni.

image

Tun da tua. Tak boleh buat apa dah. Menangis keluar air mata darah pun dah tak guna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Semua ni berpunca dari dia. Kepimpinan melalui teladan.

Dulu dia suka sangat permainan pecat-pecat, turun pangkat ni. Seorang demi seorang dia pecat.
Tengku Razaleigh.
Musa Hitam.
Pak Lah.

image

image

Tun cadang lantik Najib jadi Timbalan Perdana Menteri, instead of DSMY. Ni dia pula yang bising-bising nak minta Najib turun. Nak jadi Perdana Menteri balik semula ke?atau nak Mukhriz jadi legasi Tun?

DSMY, ingat semula siapa yang tak nak kamu jadi TPM.Tepuk dada tanya selera.

Tun, melayu tidak pernah lupa. Tapi Tun yang bercakap Melayu mudah lupa. Bermakna Tun yang lupa.

image

Tun seorang artisan, tukang palu dan teknorat. Tun ni pun bukan lah Ultra Melayu macam yang digembar gemburkan selama ni. Kenapa?

Tun tolong Ananda Krishnan Maxis.
Tun tolong Vincent Tan, Danny Tan dan macam-macam Tan lagi. Berjaya group. Sekarang Bijaya.Tokey judi pula tu. Mampos Zahid nak hapuskan judi.

image

Tun tolong Eric Chia Perwaja Steel. Perwaja bankrap, Tun juga yang bailed out RM22 Bilion. Tapi takda orang bising cakap macam-macam. Yang ada bising-bising tu pun, sekarang dah jadi geng Tun dalam Deklarasi Rakyat. Apa ni Tun? Tun tak payah tunjuk betol sangat. Tun pun tak kurang hebatnya.
Tun tolong Syed Mokhtar tapi dia bukan Melayu. Dia Arab. Arab tarbus pula tu. Semua ni bukan Melayu pun.

Tun Razak tolong Orang Melayu. Dia pinjam Bank Dunia buat dana untuk buka FELDA, supaya orang melayu ada harta sendiri. Sampai sekarang wujud lagi felda. Ada yang jutawan dah pun sebab kerajaan ambil tanah mereka buat pembangunan.

Najib pula bagi BRIM supaya semua rakyat merasa. Tapi orang kata kononnya dia nak gula-gulakan rakyat untuk pilihanraya. Najib, tolonglah review BRIM tu. Tak semua sokong, tak semua suka kat you. Buat apa nak bazir pada orang macam ni. Patut duit BRIM tu bagi pada yang lebih memerlukan dan sokong you. Orang kalau dah tak suka, bagi lah sebukit emas, segunung intan dia demand you tau. Last-last, you yang melingkup. Cuba bijak sikit.

Zaman Tun dulu, duit dana UMNO dia bagi orang lain pegang. Dia bagi pada Tun Daim, Mat Tyson. Sapa tak kenal GLOMAC? Glomac diterajui oleh F.D. Mansor, Pengurus pemasaran Utusan Melayu. Dia proksi Mat Tyson. Syarikat tu dah kaya raya. Anak dia F.D.Iskandar dah jadi orang kuat Media Prima. Itu semua duit UMNO.  Apabila Pak Lah jadi Presiden UMNO, dia tengok UMNO xde duit. Rupa-rupanya  orang-orang ni buat modal meniaga dan kaya raya sampai sekarang.

Bukan UMNO je yang terima dana ni. Semua parti politik terima. PKR dapat  dana daripada SUARAM. SUARAM pula dapat  dari Jerman. DAP pula dapat dari negara jiran, negara yang bukan berjiran pun bagi dana kat dia. Tapi DAP bijak. DAP simpan rahsia tak bagi bocor.
Tapi Najib dapat duit terus masukkan dalam akaun dia. At least, kita tahu dia terima duit tu. Tau berapa banyak. Orang lain, kita tak tahu pun. Senyap je. Tahu-tahu je dah kaya raya.

Actually, it is between the two evil, which one is less evil.

To be continued…Cerita Mahathir-2

Gantung Muhyiddin – FB Johor Bangkit Putar Belit ?

•February 28, 2016 • Comments Off on Gantung Muhyiddin – FB Johor Bangkit Putar Belit ?

DI TELAN MATI BAPAK DI LUAH MATI EMAK

Sayang seribu kali sayang, makin parah makin teruk, bila emak ayah bergaduh sampai baling pinggan mangkuk, sepak terajang tumbuk penampar jadi mainan. Anak-anak memerhati apa yang telah berlaku, ada yang nak keluar dan lari dari rumah.

Bila emak dan ayah bergaduh jiran sebelah dengar, jiran bukan nak tolong damaikan, jiran cucuk jarum dan tambah garam, kalau boleh memang nak bagi bercerai berai.

Siapa yang berani nak campur tangan dan cuba mendamaikan? Siapa yang berani menegur? Siapa yang berani menasihati? Kalau rasa nak kena nasib yang sama macam mana mak kena buat lah.

Minta Polis Siasat Gambar Zahid Badan Anjing

•February 24, 2016 • Comments Off on Minta Polis Siasat Gambar Zahid Badan Anjing

Polis diharap dapat bantu siasat penghinaan terhadap pemimpin negara kita apabila disiarkan dengan badan anjing oleh seorang bernama Doris Jones.

Kegilaan ini sudah terlalu melampaui batas dan tidak sepatutnya dilakukan terhadap orang no 2 tertinggi negara kita.

Tindakan keras wajib diambil ke atas pemilik fb Doris Jones ini.

photo_2016-02-24_10-47-52

JAWA DILANGGAR BANGLA

•February 23, 2016 • Comments Off on JAWA DILANGGAR BANGLA

Kisah Jawa dilanggar Bangla dilihat sangat paling meletup sekarang ini buat pengkaji dan pakar sejarah dalam memberi komentar dan pandangan mengikut ilmu masing-masing. 

Serangan demi serangan tohmahan demi tohmahan cacian demi cacian maki hamun umpama kilat sambung menyambung, menanti hujan reda mungkin akan berhenti.

Bangla yang langgar Jawa adalah sebagai sebuah cerita yang WAJIB direka dan dicipta bagi membantu mengalih perhatian terhadap mesyuarat US bersama pemimpin Asean.

Logiknya seluruh dunia dan rakyat mahu tahu jawapan-jawapan yang masih belum terjawab di atas segala isu besar yang berlaku ke atas Malaysia dan beberapa negara Asian yang lain. 

Good job Zahid berjaya melarikan perhatian dan tumpuan terhadap isu besar tersebut.
Zahid seperti sabun pencuci tandas digunakan untuk mencuci najis isu 1mdb najis 2.6 bilion najis MH17 semua najis ini kategori najis mughallazoh.  

 

Zahid seperti dijadikan sasaran tanpa henti tanpa ampun tanpa belas rapat ke dinding lunyai.

Jebat yang berasal dari tanah Jawa dilihat cuba mempertahankan Sultan Bugis akhirnya Jebat akan tersungkur Hang Tuah akan bangkit “AKULAH YANG SELAMATKAN KAMU WAHAI SEPUPUKU” sambil berjalan berpimpin tangan menuju ke Seri Perdana.

Rakyat akan menilainya nanti dengan mata hati dengan mata akal fikiran yang sangat waras bukan dengan mata duitan yang dijadikan habuan untuk Sang Kebun menabur FITNAH sebagai baja untuk tanaman yang tumbuh dibawa pulang buat santapan anak isteri.

Yakinlah Zahid, janji Allah itu pasti..

ikhlaskan niatmu untuk Agama..

bulatkan teqadmu untuk Bangsa..

kuatkan semangatmu untuk Tanahair..

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua’lam

48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor

•May 4, 2010 • 2 Comments

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

Curi Pasir di Selangor:

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009

• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.

• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.

Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan ” kocek ” sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Suara Politik
Taminsari @ http://belantan.blogspot.com/