Minta Polis Siasat Gambar Zahid Badan Anjing

•February 24, 2016 • Comments Off on Minta Polis Siasat Gambar Zahid Badan Anjing

Polis diharap dapat bantu siasat penghinaan terhadap pemimpin negara kita apabila disiarkan dengan badan anjing oleh seorang bernama Doris Jones.

Kegilaan ini sudah terlalu melampaui batas dan tidak sepatutnya dilakukan terhadap orang no 2 tertinggi negara kita.

Tindakan keras wajib diambil ke atas pemilik fb Doris Jones ini.

photo_2016-02-24_10-47-52

Advertisements

JAWA DILANGGAR BANGLA

•February 23, 2016 • Comments Off on JAWA DILANGGAR BANGLA

Kisah Jawa dilanggar Bangla dilihat sangat paling meletup sekarang ini buat pengkaji dan pakar sejarah dalam memberi komentar dan pandangan mengikut ilmu masing-masing. 

Serangan demi serangan tohmahan demi tohmahan cacian demi cacian maki hamun umpama kilat sambung menyambung, menanti hujan reda mungkin akan berhenti.

Bangla yang langgar Jawa adalah sebagai sebuah cerita yang WAJIB direka dan dicipta bagi membantu mengalih perhatian terhadap mesyuarat US bersama pemimpin Asean.

Logiknya seluruh dunia dan rakyat mahu tahu jawapan-jawapan yang masih belum terjawab di atas segala isu besar yang berlaku ke atas Malaysia dan beberapa negara Asian yang lain. 

Good job Zahid berjaya melarikan perhatian dan tumpuan terhadap isu besar tersebut.
Zahid seperti sabun pencuci tandas digunakan untuk mencuci najis isu 1mdb najis 2.6 bilion najis MH17 semua najis ini kategori najis mughallazoh.  

 

Zahid seperti dijadikan sasaran tanpa henti tanpa ampun tanpa belas rapat ke dinding lunyai.

Jebat yang berasal dari tanah Jawa dilihat cuba mempertahankan Sultan Bugis akhirnya Jebat akan tersungkur Hang Tuah akan bangkit “AKULAH YANG SELAMATKAN KAMU WAHAI SEPUPUKU” sambil berjalan berpimpin tangan menuju ke Seri Perdana.

Rakyat akan menilainya nanti dengan mata hati dengan mata akal fikiran yang sangat waras bukan dengan mata duitan yang dijadikan habuan untuk Sang Kebun menabur FITNAH sebagai baja untuk tanaman yang tumbuh dibawa pulang buat santapan anak isteri.

Yakinlah Zahid, janji Allah itu pasti..

ikhlaskan niatmu untuk Agama..

bulatkan teqadmu untuk Bangsa..

kuatkan semangatmu untuk Tanahair..

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua’lam

48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor

•May 4, 2010 • 2 Comments

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

Curi Pasir di Selangor:

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009

• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.

• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.

Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan ” kocek ” sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Suara Politik
Taminsari @ http://belantan.blogspot.com/

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

•May 1, 2010 • Comments Off on Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/




PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan “pengakuan” Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan “menjawab semula” jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan “Islam” di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella “masih kecil”. Ini bermakna,Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

“’Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide”.

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk “mendiamkan” beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia “metodologi perjuangan” PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr!

Tahniah !!! BN menang di Hulu Selangor majoriti 1683 – Utusan Malaysia

•April 25, 2010 • 1 Comment
  1. Jam 8.09 pm Utusan News Alert memberitahu P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1683.
  2. BN memperolehi 24669 undi manakala PKR pula mendapat 22986 undi
  3. Keputusan tidak rasmi ini sekaligus tanda kebangkitan BN di Selangor dan Malaysia amnya…

Gambar Nik Aziz berkerusi roda di Mekah

•April 21, 2010 • Comments Off on Gambar Nik Aziz berkerusi roda di Mekah

KERUSI+RODA.jpg

NIK AZIZ PERLU DIDESAK LETAK JAWATAN DENGAN SEGARA !!!\

PAS JANGAN MENGGUNAKAN NIK AZIZ SEBAGAI ‘AYAM TAMBATAN’

KELEMAHAN NIK AZIZ BERFUNGSI AKAN MERUGIKAN RAKYAT.

NIK AZIZ SUDAH TERLALU JAUH TERSELEWENG DARI JALAN ALLAH

sumber http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/04/dah-tak-larat-beb.html

Gambar Calon Hulu Selangor Dato’ Zaid Ibrahim pegang gelas arak ?

•April 18, 2010 • 2 Comments

Siapa boleh sahkan gambar ini ?

25288_1424762664274_1388983073_1154078_4335613_n.jpg

Sebelum ini ramai mengiakan dakwaan Zaid peminum arak tegar seperti tulisan Zahrin Sang Kelembai yang kerap mengulang tuduhannya.

Namun sekeping gambar pun tidak ditunjukkan tak silap saya.

Maka kali ini mungkin ia boleh menjadi penentu betul atau tidak dakwaan itu ?

wait n see