Politik Ketam Siri 3

Politik Ketam 3

Tun Ghafar
Tun Ghafar Baba atau dikenali sebagai Pak Ghafar adalah pejuang kemerdekaan bersama-sama Tunku Abdul Rahman, Tun Saadon Zubir Tun Ghazali Shafiee.

Jasanya amat kita kenang dan pernah jadi Setiausaha Agung BN pada satu ketika dulu. Sekitar tahun 80-an, Parti PBS memerintah negeri Sabah.

image

Ketuanya Joseph Pairin Kitingan  telah mengalahkan Parti Berjaya yang dipimpin Dato’ Harris Salleh dan Parti USNO yang dipimpin oleh Tun Datu Mustafa. Pada masa itu, Pak Ghafar telah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan dan merupakan Naib Presiden UMNO.

Pak Ghafar telah ditugaskan oleh Tun untuk melebarkan sayap UMNO di Sabah. Pak Ghafar sering berulang-alik ke Sabah dan akhirnya mengenali mengenali Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Wanita dan Ketua-ketua Pemuda UMNO.

Ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri ini Pak Ghafar sering keluar negeri. Tun mengarahkan agar pergerakan Pak Ghaffar diperhatikan semasa dia di Sabah. Tun pernah bertanya Pak Ghafar “adakah kamu ke Sabah untuk memperkembangkan UMNO disana atau untuk mengembangkan politik sendiri di sana?” itu ungkapan Tun.

Orang ini harus dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini telah dicium oleh Anwar. Inilah peluang untuk Anwar menentang Pak Ghafar sebagai Timbalan Presiden UMNO.

image

Selepas beberapa ketika, ada usaha-usaha untuk mendesak Pak Ghaffar supaya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu kerana Anwar juga mahu bertanding.

Tamrin, kamu tak ingat ke bapa kamu yang dijatuhkan Tun dan mudahkan Anwar ambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri? Sedihnya kamu boleh bersekongkol dengan orang yang jatuhkan bapa kamu dalam sidang media Deklarasi Rakyat Mahathir-Kit Siang.

Orang yang sebijak Pak Ghaffar pun boleh jatuh, apatah lagi orang lain yang belum matang dalam politik?

image

Orang yang pernah berjuang dalam memperkasakan UMNO sejak ditubuhkan pun kecundang. Apatah lagi orang yang tak pernah berjuang pahit getir bersama UMNO. Hebat Tun. Melayu tak lupa tapi Tun lupa.
Tak terkira berapa Timbalan Perdana Menteri telah diturunkan.

Tun Musa Hitam
Anwar Ibrahim
Pak Lah
Dan sekarang ni Najib pula?

Zahid, Hishamuddin, Mahathir Khalid, ismail Sabri dan Sabri Cheek..beware..
Zahid masa jadi Ketua pemuda UMNO dulu pun, masa dia berpotensi melangkah lebih tinggi, Tun humban Zahid di bawah ISA.

Hishammudin pula, walaupun Tun naikkan kamu cepat, kamu pun boleh turun cepat.

Mahathir Khalid, walau pun nama kamu sama, tapi Tun benci sangat kat kamu sebab kamu pejuang Pak Lah.

Ismail Sabri,orang semua tahu kamu yang buat Lowyat 2. Tapi Tun dah baik dengan Kit Siang sekarang.. so Lowyat kamu pun akan bungkus. 
Sabri Cheek, kamu pernah hina Tun.. you would be next.

Tun ni tak serik-serik nak menjatuhkan anak-anak buah dia. Pantang naik, semua kena cantas. Harapkan pegar, pegar makan padi. Dah-dah la tu, Tun. Berhenti lah Tun, cukuplah setakat ini. Jangan porak-perandakan orang Melayu.

image

Enough is enough. Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Bagi peluang pada pemimpin-pemimpin sekarang untuk menerajui pemerintahan negara.

image

Terbaru, Azwan Ali pun kata “Mahathir diumpamakan seperti dah reput, nak buat kayu api masak rendang pun tak boleh”.

~ by penulis blog on March 10, 2016.

 
%d bloggers like this: