48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor,Puchong ,Kuala Langat dan Sepang !

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan ,rasuah dan kes curi pasir dibeberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat didalam kerajaan pakatan sendiri.

Inilah puncanya kerajaan negeri mengalami kerugian besar dalam bentuk royalti pasir yang mencecah puluhan juta ringgit.

Curi Pasir di Selangor:

Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009

• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar.

• Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84.

• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Yang menyedihkan keadaan adalah oleh kerana kejujuran yang ditunjukkan oleh penjawat awam ketika bertugas,kerajaan negeri telah bertindak kejam dengan memecat mereka kerana menghalang kroni kerajaan negeri dari mencuri pasir dan mengelak dari membayar cukai dan royalti pasir.

Adakah ini ciri-ciri Kerajaan Rakyat yang diperlukan oleh rakyat negeri Selangor! Menipu rakyat untuk memenuhkan ” kocek ” sendiri! Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa tetapi selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan.

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Suara Politik
Taminsari @ http://belantan.blogspot.com/

~ by penulis blog on May 4, 2010.

2 Responses to “48 Kakitangan Task Force diberhentikan – satu lagi kezaliman Kerajaan Pakatan Haram di Selangor”

  1. salam..minta kebenaran untuk guna artikel ini …maaf atas segala kesulitan

  2. salam..minta guna artikel ini untuk membongkarkan skandal pakatan rakyat di lagendakebayan.wordpress.com

Comments are closed.