STRATEGI MAHATHIR DAN WAN AZIZAH ?

image

Tun pada mulanya cuba memikat Anwar supaya menceburi bidang politik di dalam kerajaan kerana dilihat bersuara tentang kepincangan Kerajaan daripada luar. Tun telah dapat mencium bau gerakan Anwar ini semasa Anwar menjadi student leader di Universiti Malaya lagi.  Gerakan Anwar dilihat akan menjejaskan kerajaan pada masa itu.

image

Untuk maklumat Anwar dan Wan Azizah, semua dokumen-dokumen berkaitan Anwar termasuk profil semasa dibawah tahanan ISA, Tun lah yang menyimpannya dengan tujuan untuk menjatuhkan Anwar.

image

Apakah tujuan Tun berbuat demikian? Sedangkan pada masa itu ramai veteran UMNO sedang menjawat jawatan dalam Kabinet.

Tun sebenarnya berkecil hati bila ada ura-ura Anwar mungkin akan mencabarnya sebagai Presiden kemudian hari.

image

Apabila Umi Hafilda buat cerita Anwar perlu disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 1998, Tun telah mengarahkan supaya memanggil Anwar untuk berjumpanya dan secured pejabat Timbalan Perdana  Menteri dan Menteri Kewangan.

Tetapi Anwar tepuk meja. Marah. Tanya adakah Tun terikat dengan buku yang menjatuhkannya, ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’. Tun sanggup letak perakam untuk merakam percakapan Anwar dengan orang-orang yang ‘diminatinya’ dan berkepentingan “phone sex”.

image

Sekarang ni bukan main hebat sokong Tun. Atau sebenarnya Wan Azizah ni dah lama bersama Tun merancang untuk menjatuhkan suaminya sendiri? Sebelum Anwar dipecat pun, Wan Azizah pernah datang rumah Tun mengadu pasal Anwar.

Reformasi Anwar pun bermula. Pada tahun 1999, Anwar dibawa ke Mahkamah. Sebagai seorang kawan, TSMY dan Najib telah pergi ke rumah Anwar untuk bertanya khabar. Yang lain-lain tidak sebab takut kena sumbat sekali dengan Anwar.

Sekarang Tun macam orang lemas dalam sungai cetek. Apa saja yang lalu depan mata, dia akan capai untuk selamatkan diri. Dia sanggup bersekongkol dengan orang yang paling dibencinya. Lim Kit Siang yang diludah dulu pun boleh jadi kawan. Tak tahu la berapa lama berkawan.

Sebenarnya, Tun nak Mukhriz lawan KJ untuk jawatan Ketua Pemuda. Dia tahu KJ akan kalah kalau lawan 1-1 dengan Mukhriz. Tapi last minute, Khir Toyo jadi penyelamat dan masuk bertanding 3 penjuru. Inilah peluang untuk KJ menang melalui pecah undi. Ini kejayaan pertama KJ. Tahniah KJ.

image

Rancangan kali kedua, Tun minta Mukhriz bertanding Naib Presiden. Pada masa tu, Hishamudin caugh off guard bila Mukhriz tiba-tiba masuk bertanding last minute. Nasib baik Hishamudin menang. Zahid? Dia pun nyawa-nyawa ikan. Bukan ada duit. Cuma boleh bagi kuota orang nak pergi haji je.

image

Rancangan kali ketiga usaha untuk Mukhriz jadi Menteri Besar diteruskan. Sebelum Mukhriz jadi Menteri Besar, Tun negotiate dengan Najib untuk lantik anaknya sebagai Menteri Besar. Ahmad Bashah si jaguh kampung pula dilantik sebagai Senator dan up jadi Timbalan Menteri supaya dia keluar dari Kedah. Jadi post Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang dipegang Ahmad Bashah terpaksa dilepaskan untuk Si Anak Bangsawan sambut.

Dunia ni bulat. Bila-bila masa je boleh berubah.

Sekarang dah terbalik kod. Mukhriz yang terpaksa keluar Kedah.

Ini bukan kali pertama politik Kedah bergolak. Sebelum ni zaman Sanusi Junid. Tun panggil sorang-sorang ADUN-ADUN UMNO Kedah tanya kenapa mereka tak sokong Sanusi Junid. Tun guna kaedah ugutan yang dia akan dedahkan rahsia sesiapa sahaja yang tidak menyokong Sanusi Junid pada masa tu. Last-last, Sanusi jadi Menteri Besar Kedah.

Dia ni pun satu hal. Kedah tu negeri jelapang padi. Sawah bendang luas. Tapi dia cadang tanam padi atas bumbung rumah macam kat Jepun. Kan Kedah ni banyak tanah bendang. Kenapa perlu tanam padi atas bumbung. Sultan Kedah pun pening kepala.

Dulu orang tak tahu strategi Tun tapi sekarang rakyat mula sedar. Tun pengkhianat negara, bangsa dan agama. Dia amal sistem Pecah dan Perintah yang digunakan oleh British untuk kekal memerintah di Tanah Melayu.

PRU 14 bukan lagi tentang isu Najib tapi Tun.

UMNO diharamkan pun pada zaman Tun.

Parti-parti Melayu pecah kerana Tun.
UMNO berpecah kerana Tun.

Tun bukan tak boleh satukan parti-parti Melayu tapi dia tak nak.

Tak mustahil sejarah berulang kembali.
Masa tu, orang Melayu akan menyesal.

Hilang kuasa. Hilang ketuanan. Hilang segala-galanya.

Menang sorak, kampung tergadai. Semuanya kerana angkara Tun.
Tahniah Tun.

image

~ by penulis blog on March 21, 2016.

 
%d bloggers like this: