Jenis Ketam Yang Haram

CERITA MAHATHIR-1

image

Politik Ketam

Melayu dan ketam tak dapat dipisahkan.

Bila seekor ketam naik, yang lain-lain secara berjemaah tarik la si kawan ni turun. Last-last, semua jatuh masuk bakul. Tokey datang ambil dan jual semua sekali. Untung tokey macam ni sebab tak ada ketam yang berjaya melarikan diri.

Sama la macam lanskap politik kita sekarang ni.

Jangan bercakap “Turunkan Najib”
Jangan bercakap “Turunkan Zahid”
Apa kata kita turunkan semua sekali?

image

Kita turunkan Hisyamuddin, pecat Muhyidin, pecat Syafie Apdal dan juga pecat Ahmad Said Teganu kita tu. Baru sama rata. Kata perpaduan. Kita naik sama-sama. Turun sama-sama.
Lepas tu, kita pakat-pakat tengok geng deklarasi tu yang naik. Dorang  muda-muda. Dorang boleh naik. Gigih dan kuat lagi nak mendaki puncak kuasa politik ni.

image

Tun da tua. Tak boleh buat apa dah. Menangis keluar air mata darah pun dah tak guna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Semua ni berpunca dari dia. Kepimpinan melalui teladan.

Dulu dia suka sangat permainan pecat-pecat, turun pangkat ni. Seorang demi seorang dia pecat.
Tengku Razaleigh.
Musa Hitam.
Pak Lah.

image

image

Tun cadang lantik Najib jadi Timbalan Perdana Menteri, instead of DSMY. Ni dia pula yang bising-bising nak minta Najib turun. Nak jadi Perdana Menteri balik semula ke?atau nak Mukhriz jadi legasi Tun?

DSMY, ingat semula siapa yang tak nak kamu jadi TPM.Tepuk dada tanya selera.

Tun, melayu tidak pernah lupa. Tapi Tun yang bercakap Melayu mudah lupa. Bermakna Tun yang lupa.

image

Tun seorang artisan, tukang palu dan teknorat. Tun ni pun bukan lah Ultra Melayu macam yang digembar gemburkan selama ni. Kenapa?

Tun tolong Ananda Krishnan Maxis.
Tun tolong Vincent Tan, Danny Tan dan macam-macam Tan lagi. Berjaya group. Sekarang Bijaya.Tokey judi pula tu. Mampos Zahid nak hapuskan judi.

image

Tun tolong Eric Chia Perwaja Steel. Perwaja bankrap, Tun juga yang bailed out RM22 Bilion. Tapi takda orang bising cakap macam-macam. Yang ada bising-bising tu pun, sekarang dah jadi geng Tun dalam Deklarasi Rakyat. Apa ni Tun? Tun tak payah tunjuk betol sangat. Tun pun tak kurang hebatnya.
Tun tolong Syed Mokhtar tapi dia bukan Melayu. Dia Arab. Arab tarbus pula tu. Semua ni bukan Melayu pun.

Tun Razak tolong Orang Melayu. Dia pinjam Bank Dunia buat dana untuk buka FELDA, supaya orang melayu ada harta sendiri. Sampai sekarang wujud lagi felda. Ada yang jutawan dah pun sebab kerajaan ambil tanah mereka buat pembangunan.

Najib pula bagi BRIM supaya semua rakyat merasa. Tapi orang kata kononnya dia nak gula-gulakan rakyat untuk pilihanraya. Najib, tolonglah review BRIM tu. Tak semua sokong, tak semua suka kat you. Buat apa nak bazir pada orang macam ni. Patut duit BRIM tu bagi pada yang lebih memerlukan dan sokong you. Orang kalau dah tak suka, bagi lah sebukit emas, segunung intan dia demand you tau. Last-last, you yang melingkup. Cuba bijak sikit.

Zaman Tun dulu, duit dana UMNO dia bagi orang lain pegang. Dia bagi pada Tun Daim, Mat Tyson. Sapa tak kenal GLOMAC? Glomac diterajui oleh F.D. Mansor, Pengurus pemasaran Utusan Melayu. Dia proksi Mat Tyson. Syarikat tu dah kaya raya. Anak dia F.D.Iskandar dah jadi orang kuat Media Prima. Itu semua duit UMNO.  Apabila Pak Lah jadi Presiden UMNO, dia tengok UMNO xde duit. Rupa-rupanya  orang-orang ni buat modal meniaga dan kaya raya sampai sekarang.

Bukan UMNO je yang terima dana ni. Semua parti politik terima. PKR dapat  dana daripada SUARAM. SUARAM pula dapat  dari Jerman. DAP pula dapat dari negara jiran, negara yang bukan berjiran pun bagi dana kat dia. Tapi DAP bijak. DAP simpan rahsia tak bagi bocor.
Tapi Najib dapat duit terus masukkan dalam akaun dia. At least, kita tahu dia terima duit tu. Tau berapa banyak. Orang lain, kita tak tahu pun. Senyap je. Tahu-tahu je dah kaya raya.

Actually, it is between the two evil, which one is less evil.

To be continued…Cerita Mahathir-2

~ by penulis blog on March 9, 2016.

 
%d bloggers like this: