POLITIK MEMBUNUH – MAHATHIR

Politik membunuh

Tun masuk UMNO pada tahun  1959. Maknanya Tun masuk UMNO setelah Tanah Melayu merdeka. Tun tak berjuang bersama-sama dengan Tunku dan lain-lain yang telah memperjuangkan kemerdekaan. 

Mengikut sejarah politik Malaysia, Tun hanya melawan Tunku Abdul Rahman sahaja sebab pada Tun, Tunku adalah seorang yang Ultra Malay.  Tun berjalan atau dalam bahasa moden sekarang ni ‘tour’ ke segenap ceruk kampung untuk mendapatkan sokongan diseluruh negeri Kedah khususnya di kawasan yang dipanggil Kedah Selatan kerana Kedah Selatan yang merangkumi Pendang, Sik, Baling, Padang Serai dan Kulim.  Tempat-tempat ini dianggap kawasan strategik UMNO.  Tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menjatuhkan Tunku. Jatuhnya Tunku, bermakna menjatuhkan UMNO juga. Tun nak jatuhkan Tunku. Sebab tu lah akhirnyaTun dibuang dari UMNO.  Tun  nak porak perandakan UMNO.

image

Tahun 1969, Tun cuba untuk bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen Alor Setar Selatan dan malang sekali Tun kalah. Tun tak dapat jadi Yang Berhormat. Tapi Tun Razak ambil Tun masuk Parlimen sebagai Senator. Ya. Tun Razak, bapa pada Najib.
Tun Razak lantik Tun sebagai Senator pada tahun 1974, kemudian jadi Menteri Pelajaran dengan kekalahan yang disandang..

image

Sejarah politik Malaysia, siapa yang menjadi Menteri Pelajaran akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun dah tahu permainan politik masa tu. Dah mula menghidu bau jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Masa itu, ramai lagi ahli politik, orang-orang lama yang memang lebih senior dari Tun. Tanah Malaya ada Hussein Onn, ada Tengku Razali, ada Ghazali Shafie, ada Ghafar Baba.  Semua nya vateren-vateren UMNO.  Ada yang memegang Timbalan Presiden UMNO dan ada yang jadi Naib Presiden UMNO.  Bersemangat juga mereka dan teringin nak jadi TPM. 

image

Tapi masa Hussein Onn jadi Perdana Menteri, Tun dah potong barisan. Hussein Onn lantik Tun sebagai TPM.  Semua veteran-veteren tadi, Tun dah tewaskan. Tun naik tangga politik sangat laju. Hi speed, low track. Tak ada siapa dapat menghidu taktik Tun.

image

Sekarang ni, Tun nak bunuh karier politik Najib. Tun lupa ke Hussein Onn tu biras Tun Razak. Dia pakcik pada Najib.  Tun nak bunuh keluarga orang yang mengangkat Tun ke? Tun macam lupa siapa yang angkat Tun dalam politik. Siapa yang berikan Tun kepercayaan dan sokongan untuk masuk politik. Tun kata Melayu mudah lupa tapi sebenarnya, Tun yang pelupa. Tun lupa daratan bila Tun dah puas belayar di lautan luas. Tun lupa daratan bila Tun sedang terbang tinggi di awan. Tun lupa daratan bila nama Tun dijulang tinggi. Tanpa peluang dan ruang yang diberikan oleh Tun Razak dan Hussein Onn, Tun takkan jadi Perdana Menteri. Takkan. But you did because these two negarawan did gives you a morale and political support.

image

Sekarang, Tun bersekongkol dengan DAP. Siapa DAP? DAP parti proxy PAP Singapura yang menipu orang Melayu di Temasik sehingga sekarang, Orang Melayu Singapura seperti ditindas. Temasik yang dulu milik Orang Melayu, jadi milik orang Cina di sana. Melayu hanya pada nama. Melayu hanya pada lagu kebangsaan. Melayu hanya pada Bahasa Kebangsaan yang mana kita semua tahu, Singapura tak guna pun. Mereka guna Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dimomokkan sebagai Bahasa Kebangsaan unutk menunjukkan bahawa nilai dan kepentingan Melayu itu dijaga. Dilantik Presiden pertama Singapura dari Orang Melayu. Kemudian kosong..Melayu tiada kuasa di Singapura. Menteri berbangsa Melayu di sana hanyalah menjaga isu kebajikan. Nothing more but less. Melayu di Singapura ditipu hidup-hidup. Konon bila bertahalul siyasi dengan yang lain-lain, kepentingan Melayu di jaga. Tahu-tahu, ditipu pula.

image

Ni Tun dengan DAP. DAP guna-gunakan Tun je. Lepas dapat Malaysia ni, kubur Tun pun dorang pijak. DAP anak PAP. Lim Kit Siang dulu Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew. Mereka ni dah lama kenal. Matlamat pun sama. Nak tanah Melayu ni jadi milik kaum dia sedangkan mereka ni kaum yang terbuang dari Tanah Besar China.
Lupakah Tun?  Sekarang DAP angkat Tun.  DAP anak PAP Singapura, Lee Kuan Yew.  Lee Kuan Yew yang boleh maki Tun dan Tun boleh maki Lee Kuan Yew.  Tun tak ingatkah sejarah 1969?  Semua orang tahun melalui cerita-cerita dongeng dan disahkan lagi oleh Kerajaan yang mengeluarkan kertas putih di Parlimen. 

Sekarang Tun dah desperate tidak terhingga untuk membunuh anak cucu dan karier masa depan orang melayu yang bergantung harap dengan UMNO.  UMNO madah perjuangan orang-orang Melayu.  Orang Melayu jati bukan bersikap macam Tun.  Orang Melayu tak jati bersikap macam Tun Mutakhir, penyebab jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka. Pembelot. Kerana dia, sampai sekarang Melaka tak beraja. Tun pun sama juga.

image

Tun pinda Perlembagaan untuk kurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.  Raja adil, Raja dijulang. Raja zalim, Raja disanggah. Perihal Raja dan Rakyat : Raja umpama pokok, rakyat itu akarnya. Kuat akar, kuatlah pokok. Andai akar lemah, tersembam lah pokok menyembah bumi dikala dilanda hujan, rebut dan taufan. Raja lah tempat rakyat orang melayu menumpang kasih. Raja perlu adil pada rakyatnya dan juga semua manusia di dalam kawasan jajahannya. Itu pemimpin. Raja pemimpin orang-orang Melayu. Mungkin Tun sanggup tengok orang Melayu kemiskinan di tanah sendiri, papa kedana di bawah angkara DAP dan yang lain-lain.

image

Tun jangan ada niat jahat.  Mungkin suatu hari nanti Melayu hanya tinggal sejarah. Semuanya kerana perbuatan Tun. Nauzubillah Min Zalik.  Allahuakbar.

~ by penulis blog on March 17, 2016.

 
%d bloggers like this: