JAWA DILANGGAR BANGLA

Kisah Jawa dilanggar Bangla dilihat sangat paling meletup sekarang ini buat pengkaji dan pakar sejarah dalam memberi komentar dan pandangan mengikut ilmu masing-masing. 

Serangan demi serangan tohmahan demi tohmahan cacian demi cacian maki hamun umpama kilat sambung menyambung, menanti hujan reda mungkin akan berhenti.

Bangla yang langgar Jawa adalah sebagai sebuah cerita yang WAJIB direka dan dicipta bagi membantu mengalih perhatian terhadap mesyuarat US bersama pemimpin Asean.

Logiknya seluruh dunia dan rakyat mahu tahu jawapan-jawapan yang masih belum terjawab di atas segala isu besar yang berlaku ke atas Malaysia dan beberapa negara Asian yang lain. 

Good job Zahid berjaya melarikan perhatian dan tumpuan terhadap isu besar tersebut.
Zahid seperti sabun pencuci tandas digunakan untuk mencuci najis isu 1mdb najis 2.6 bilion najis MH17 semua najis ini kategori najis mughallazoh.  

 

Zahid seperti dijadikan sasaran tanpa henti tanpa ampun tanpa belas rapat ke dinding lunyai.

Jebat yang berasal dari tanah Jawa dilihat cuba mempertahankan Sultan Bugis akhirnya Jebat akan tersungkur Hang Tuah akan bangkit “AKULAH YANG SELAMATKAN KAMU WAHAI SEPUPUKU” sambil berjalan berpimpin tangan menuju ke Seri Perdana.

Rakyat akan menilainya nanti dengan mata hati dengan mata akal fikiran yang sangat waras bukan dengan mata duitan yang dijadikan habuan untuk Sang Kebun menabur FITNAH sebagai baja untuk tanaman yang tumbuh dibawa pulang buat santapan anak isteri.

Yakinlah Zahid, janji Allah itu pasti..

ikhlaskan niatmu untuk Agama..

bulatkan teqadmu untuk Bangsa..

kuatkan semangatmu untuk Tanahair..

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua’lam

~ by penulis blog on February 23, 2016.

 
%d bloggers like this: