Betulkah Rosmah sudah mula ‘berkuasa’ di MOF – Putrajaya ?

https://i0.wp.com/pgoh13.free.fr/najib_named.jpg

Zaman sekarang ni sukar membezakan yang mana palsu dan yang mana asli. Yang mana intan dan mana permata berlian.

Cuma apabila ia diterangkan dengan detail sekali dan oleh penulis yang agak saya respect iaitu MSO ( M.Sayuti Omar ) – broker yang telah hubungkan antara Calon Bebas Datuk Ibrahim Ali dengan PAS Kelantan sehingga berjaya menjadi MP Pasir Mas PRU lepas, maka minda ini merasa ingin meminta apa jua penambahan atau pembetulan kepada artikel beliau terkini berkaitan isteri bakal PM iaitu Datin Rosmah Mansor yang boleh dibaca di sini

Sebelum ini memang pernah juga kisah Rosmah dipaparkan dalam blog blog pembangkang termasuk dakwaan membeli belah mencecah jutaan ringgit yang malangnya juga saya tidak tahu adakah ia benar atau tidak.

Adakah ‘kambing hitam’ bakal PM akan terletak di pundak Rosmah yang juga turut dikaitkan dengan pemberian Datuk kepada Shahrul Khan oleh Kerajaan Melaka pimpinan

Rustam Ali.Sebagaimana Khairy adalah ‘black sheep’ keluarga Abdullah Hj Ahmad Badawi ?

Calon Ketua Pemuda - pilihan saya untuk sebarang jawatan kini dan selama-lamanya

Gambar Rosmah berlaga pipi dengan Shah Rukh Khan memang dipopularkan geng PAS dan PKR dan peluang mereka akan terbuka luas apabila bakal PM mula secara tidak rasminya ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tidak termasuk isu popular kes bunuh Altantunya dan komisyen kapal Selam Scorpone….

Adakah Umno / Bn akan semakin kuat atau lemah selepas pemergian Pak Lah ? Adakah kehid

upan rakyat akan sunyi dari retorik politik murahan pembangkang di zaman Najib ?

Adakah Anwar akan segera keluar negara melarikan diri mengelakkan tindakan dikenakan ke atasnya ?

Mari kita doakan bencana tidak menimpa dengan sebab kelalaian kita meminta ampun maaf dari Nya……

~ by penulis blog on October 11, 2008.

 
%d bloggers like this: