Laporan polis lepaskan 58 das tembakan, Pahangdaily vs Harakahdaily – mana yang betul ?

– Saya agak terkejut apabila membaca artikel di Pinkturtle berkenaan isu polis 22 tahun dari Kelantan lepaskan 58 das tembakan di pagi Aidilfitri yang lalu. Ia sangat berbeza berbanding laporan akhbar bertauliah dan sahih dari sudut pemberitaannya seperti Kosmo . Pendedahan yang disertakan dengan gambar di beberapa blog dan laman pembangkang seperti Harakahdaily, BuletinOnline, Anwaribrahimclub yang mana berasaskan laporan Pahangdaily akhirnya menimbulkan keraguan kepada saya.

– Ini kerana laporan asal di Pahangdaily berbeza dengan laporan disiarkan dalam Harakahdaily. Fakta satu Raifel M15 di Harakahdaily dan dua pucuk Raifel M15 dalam Pahangdaily membuktikan percanggahan fakta tersebut. Penyebaran meluas insiden tembakan rambang berkenaan tidak lain adalah usaha berterusan pembangkang di dalam memburukkan polis dan juga Kerajaan Malaysia yang mana mereka ingin menggambarkan kepada semua bahawa kerajaan sangat lemah dan tidak dapat mengawal anggota polis.

– Namun malangnya tindakan mereka ini sebenarnya akan melemahkan persepsi pelabur terhadap Malaysia dan juga pengundi serta rakyat. Ia akan mencetuskan kebimbangan dan akan menghuru harakan negara jika ia semakin tersebar dan dipercayai oleh rakyat.

– Antara kesan lain juga ialah laporan berita tepat dan sahih seperti Bernama dan lain lain lagi akan jatuh merudum penerimaannya oleh masyarakat kita diambil alih oleh media alternatif. Inilah yang dihasratkan pembangkang dan mereka sangat berharap apabila kerajaan sudah ditolak melalui pemboikotan meda massa pro kerajaan, pembangkang akan dapat mengawal minda dan persepsi rakyat melalui blog dan laman berita mereka. Natijahnya semakin banyak berita tidak sahih dan palsu akan bertebaran meracuni pemikiran rakyat sehingga mereka akan terpedaya dan membuat pilihan yang salah di dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Mari kita sedarkan rakyat bahaya perang cyber ini agar negara kita akan sentiasa aman damai dari petaka dan mara bahaya musuh dalam selimut….

Tambahan : Laporan Utusan Malaysia

KOTA BHARU 4 Okt. – Abang kepada anggota polis yang melepaskan 58 das tembakan ke udara dan beberapa das lagi ke arah keretanya serta kereta orang awam mendakwa adiknya yang berusia 22 tahun itu telah dirasuk.

Mohd. Roduan Hamzah, 24, berkata, sebelum ini adiknya tidak pernah mempunyai sebarang masalah ketika bertugas di Bahagian Am, Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, keluarganya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu amat terkejut kerana adiknya sebelum ini memaklumkan bahawa dia tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri kerana terpaksa bertugas.

“Saya difahamkan ketika kejadian adik saya memandu bersendirian dan tidak mengetahui arah tujuannya sambil membawa dua pucuk senjata.

“Ketika tiba di tempat kejadian dia dikatakan melepaskan 58 das tembakan dalam keadaan seolah-olah dia tidak sedarkan diri seperti telah dirasuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Roduan menambah, sebelum adiknya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, ibunya yang tinggal di Kampung Bagus, Rantau Panjang, sempat menemuinya semalam tetapi anggota polis itu masih separuh sedar.

Selepas kejadian tersebut, Mohd. Roduan berkata, keluarganya telah menemui beberapa bomoh untuk meminta mereka membantu mengubati penyakit adiknya itu.

Mohd. Roduan yang juga seorang anggota polis yang kini bertugas di Kem Ulu Kinta, Perak, yakin adiknya tidak akan bertindak melepaskan tembakan sewenang-wenang jika dia tidak dirasuk atau terkena buatan orang.

Menurutnya, selepas kejadian itu, adiknya yang merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebelum dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, gara-gara melepaskan 58 das tembakan ke udara akibat tekanan perasaan, anggota polis itu ditahan bagi membolehkan dia dirujuk ke Jabatan Psikiatri, Hospital Lipis.

Walaupun beberapa buah kereta turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

berita asal klik sini

~ by penulis blog on October 6, 2008.

 
%d bloggers like this: