Gosip salah laku Husam isu Loji Air Merbau – punca amukan Norzula di Dewan Negeri Kelantan

dari : http://siapanakjawab.blogspot.com/2007/12/husam-semakin-caca-merba.html

Husam semakin caca-merba!

Sudah beberapa kali saya menulis tentang Husam Musa, seorang Exco Kanan ‘paling Kanan’ di Kelantan ini. (dibaca… paling berkuasa)

Dengan bidang kuasa Husam yang sedemikian luas…. saya dan tidak mustahil ramai orang yang setuju apa yang saya katakan selama ini, bahawa ‘Exco Baju Petak’ ini adalah ‘Menteri Besar’ sebenar di Kelantan. Sebab itu saya pernah menulis, bahawa Nik Aziz hanyalah ‘moskot’ sahaja.

Bukan niat saya hendak menghina Nik Aziz….. cuma apa yang saya hendak katakan ialah… suka atau tidak suka orang-orang seperti Husamlah yang menjatuhkan maruah Tok Guru. Demo puok-puok PAS perlu sedar (memang ramai yang sedar pun)…. tingkah laku pemimpin-pemimpin demo juga yang mencemar imej ‘Kerajaan Serambi Mekah” Dan yang paling na’yo… Nik Aziz sendiri…. dilihat sebagai Menteri Besar yang ‘tak tahu apa-apa’

Ada terlalu banyak cerita tentang ‘kerakusan’ Husam. Bukan puok-puok UMNO yang buat-buat cerita, tetapi puok-puok PAS sendiri yang bersoksek-soksek! Jangan pula nak salahkan pihak lawan, kerana puok-puok PAS sendiri yang sudah tak mampu menyorokkan tentang kebobrokkan pemimpin PAS sendiri.

Mungkin sehingga setakat ini, Husam masih mampu untuk menutup ‘tahi’ yang dia berak, tetapi jangan lupa… ‘bau’nya tetap semerbak.

Dalam Sidang Dewan baru-baru ini…. Husam telah melakukan ‘jenayah’ kepimpinan dengan ‘menghalang’ hak wakil-wakil rakyat pembangkang untuk membahaskan beberapa perkara yang membabitkan dirinya.

Ekoran ‘jenayah’ terancangnya itu… kepanasan dewan berakhir dengan ‘aksi amukan’ Norzula. Sekarang ini pun… PAS dengan ghairahnya menjaja rakaman video Norzula itu ke serata negara. Sekali lalu, rakaman itu kelihatan senjata yang boleh memburukkan imej UMNO di Kelantan. Namun mereka lupa….. bukan semua orang yang hanya melihat aksi norzula semata-mata… kerana ramai orang yang melihatnya secara keseluruhan, dan akhirnya peluru yang dilepaskan itu akan kembali kepada PAS sendiri.

Sebab itu UMNO tidak merasa gusar dengan ‘penayangan’ aksi Norzula itu, kerana sesiapa yang melihatnya akan faham mengapa Norzula bertindak demikian. Persoalannya sehingga bila Husam mampu untuk menyorokkan ‘tahi’nya?

Hari berikutnya Norzula yang digantung sebagai ahli dewan muncul dengan ‘seberkas’ dokumen untuk diserahkan kepada BPR. Selama ini… kandungan dokumen-dokumen itulah yang menjadi buah mulut puok-puok PAS sendiri dan salah satunya adalah seperti kenyataan di bawah yang saya petik dari blog puok-puok PAS sendiri…..

Nasib baik atau tak baik ana, ana ada dapat salinan laporan BPR terhadap Datuk Husam semalam. Di sini ana taip kembali untuk tatapan dan penilaian semua yang tentu amat berminat untuk mengetahui. Ana rasa kita jangan terburu-buru menghukum sebelum siasatan selesai. Masa sama, Datuk Husam juga perlu segera menjawab beberapa persoalan dikemuka untuk membersih diri.

Tiga laporan berkait AKSB itu adalah:

1. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian menerima wang berjumlah sekian dari kontraktor AKSB bernama sekian.

2. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian (lain) menerima wang berjumlah sekian (lain) dari kontraktor AKSB bernama sekian (lain).

3. Bahawa Datuk Husam pada 6 Jun 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 13 Julai 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 5 Disember 2004 menerima RM2,000 dari AKSB dan pada 20 Disember 2004 menerima RM1,500 dari AKSB.

Dua laporan lain mengenai AKSB yang tidak berkait dengan Datuk Husam secara terus tetapi turut perlu dijawab oleh Datuk Husam ialah berkenaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang, iaitu:

1. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Amboran, Machang, yang tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor menyebabkan ia gagal berfungsi menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya selain menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh Air Kelantan Sdn Bhd menyebabkan AKSB kerugian RM750,000. Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter). Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM700,000. Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.

2. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, yang tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalnya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16 km dengan kos RM10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu). Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump) juga patut dibina di kaki bukit tetapi ia tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM1 juta. Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works and Development.

Sekian, terima kasih.

Anak Kelantan Di KL.

Maka biarkanlah BPR menjalankan siasatan….. Saya pun bukan hendak menuduh Husam sebagai orang yang bersalah.

……………………………………………………………………………………..
p/s
kalau hendak tahu cerita tentang PAS jangan dengar apa orang UMNO kata, kerana itu saya memang suka membaca apa yang tersiar di Harakah dan laman-laman web ‘hijau’

ADA JUGA CERITA MENARIK GOSIP SAMA DI BLOG2 DI BAWAH ( KLIK SITU ) :

BLOG SRIMUARA

– LAMAN GUANODEMO

MASSA

JIWO KELATE

MPP PAS

TRANUNGKITE ONLINE

PERANTAUKITE

JIKA ANDA ADA MAKLUMAT LANJUT ATAU INGIN MEMBETULKAN FAKTA DI ATAS DIPERSILAKAN TINGGALKAN KOMEN DI RUANG KOSONG DI BAWAH.

MOGA FITNAH TIDAK TERSEBAR DAN JENAYAH TIDAK AKAN DIBIAR ….

UNTUK KEADILAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA…

~ by penulis blog on September 21, 2008.

 
%d bloggers like this: