43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat?

Awang Harun
Wed | Sep 03, 08 | 10:55:31 am MYT
KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Hrkh)- Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diramalkan semakin goyah menjelang 16 September 2008 ini.

Iklan

Ahli-ahli Parlimen BN yang ‘didakwa’ akan menyertai kerajaan baru Pakatan Rakyat bukan lagi omong-omong kosong dan bakal menjadi kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa yakin Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dapat merealisasikan peralihan kerajaan sebagaimana yang ditetapkan.

Ini kerana, katanya dengan penyertaan semula Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Parlimen setelah 10 tahun dinafikan lebih menyakinkan Pakatan Rakyat.

Image“Kita (KeADILan) yakin akan dapat realisasikan rancangan peralihan kerajaan kepada Pakatan Rakyat dengan kemasukkan semula Dato’ Seri Anwar ke dalam Parlimen sekarang.

“Kita juga lebih yakin dengan senario itu kerana daripada sumber-sumber tidak rasmi kini sudah ada seramai 43 Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk di kalangan MP Terengganu,” jelasnya ketika dihubungi (Gambar – Fariz Musa)

Menurutnya, desas-desus tanggal 16 September tersebut bukan lagi cakap-cakap kosong yang tidak berasas tetapi akan menjadi realiti.

Mengulas kejayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berjaya memenangi pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar adalah kerana kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Katanya, kejayaan Anwar ke Parlimen dianggap sebagai satu isyarat bahawa perubahan bakal berlaku dan PKR akan terus berkembang dalam negara ini. – mr_

– Benar atau tidak kita tunggu 16 September ni. Samada ada ke tidak ‘pelacur politik’ sanggup menggadaikan maruah mereka mengkhianati BN dan menyertai PR dengan maksud ingin mendapat jawatan lebih besar !!!

Mimpi ini sudah ditiup Anwar Ibrahim dan semua ahli PR sedang bermimpi dan mengigau siang hari…..Kesian.

Anwar tidak akan berjaya jadi PM.. Insya Allah …

~ by penulis blog on September 3, 2008.

2 Responses to “43 MP Barisan Nasional sertai Pakatan Rakyat?”

  1. lagi ramai lagi baik.
    suruh yang melayu UMNO MP masuk PAS lagi baik.

    boleh baiki akhlak mereka .

  2. Ya Allah ! gagalkan niat jahat meruntuhkan kerajaan Malaysia oleh makhluk nama Anwar !

    jadikan tipudayanya dikalahkan oleh tipudaya Mu yang maha Agung.

    Bukakan pintu hati semua agar nampak kebenaran yang sudah kelam ditutup dengan fitnah dan akuan sumpah serta berita palsu ini.

    Dengan berkat Ramdhan dan Penghulu Ramadhan dan kekasihMu maka kabulkan doa ini.

    Jangan biarkan agamaMu dihina mereka yang berselindung di belakang nama politik.

    Sedangkan mereka berniat jahat ingin merosakkan kesucian Islam di Malaysia yang telah menjadi paksi keamanan selama usia merdeka.

    Amin.

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com/

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: