Husam bakal TPM Malaysia ganti Hj Hadi ?

Gambar menceritakan seribu makna. Keributan pilihanraya nampaknya tidak dihayati oleh Nik Aziz ( boleh dimaafkan kerana uzur ) dan Hj Hadi ( entah di mana mungkin muktamar lagi rasanya ).

anwar pc permatang pauh 01 260808

Dua hari lepas tidak silap saya Malaysiakini menyiarkan berita berkenaan sebuah blog tidak dikenali ramai iaitu http://antihusam.blospot.com..

Penulisan sangat tajam dan tegas itu yang dilihat mewakili golongan ulama dalam PAS, begitu kritikal terhadap Husam termasuk keakrabannya dengan Anwar Ibrahim.

Blogger tersebut sangat membenci cara Husam yang menidakkan ‘kredibiliti’ Hj Hadi yang pernah saya terbaca komen fanatik beliau bahawa Tok Guru PAS itu beberapa kali bertemu Nabi.

Gambar : Malaysiakini

Pertama kali saya mendengarnya.

Dan ia bukan dikisahkan sangat oleh saya kerana cerita cerita mengangkat tokoh ini kadangkala panjang berjela jela dari teks asal. Bahkan jika menurut kadar ilmu saya, jika seseorang membuka rahsia menemui Nabi beliau akan ditutup selama lamanya mendapat ‘ nikmat tersebut’ kali kedua.

Cuma yang saya dapat lihat, ia satu lagi ‘pengiktirafan’ terhadap Husam yang setia bersama Anwar di mana sahaja. Meskipun tidak dijelaskan samada beliau diizinkan atau tidak mendampingi Anwar dengan begitu rapat sedangkan Hj Hadi sudah memberi peringatan bahawa PAS tidak akan kekal dalam Pakatan Rakyat jika MP melompat bukan Islam lebih ramai hingga menggoncang faktor membuat keputusan berkaitan agama Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti.

Adakah perlahan lahan usaha pro Anwar di dalam PAS semakin diangkat oleh organ rasmi dan tidak rasmi PKR ? adakah ini taktik memecahkan sebuah parti bernama Islam sejak merdeka hingga sekarang ? Adakah ini juga satu usaha tidak langsung merosakkan keutuhan PAS selepas menjadi parti bertemakan ‘ PAS FOR ALL ‘ pilihanraya lepas? demi menyekat gerakan Islam dari bertemu dan bergabung dengan UMNO demi menjaga Islam ?

Husam Musa mungkin terdesak berbaik baik dengan Anwar kerana sudah tidak laku lagi di Kelantan selepas disisihkan golongan veteran berstatus agamawan ?

~ by penulis blog on August 27, 2008.

 
%d bloggers like this: