Menantu MB Kelantan yang enggan diambil gambar di Muktamar PAS Ipoh

Saturday, August 16, 2008

Muktamar 3

Ariff Fahmi Abdul Rahman Tidak Mahu Gambarnya Diambil!

SEBAIK selesai upacara perasmian dan pembentangan ucapan dasar oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang saya menghampiri Ustaz Yahya Othman. Nama Ustaz Yahya bermain dalam kepala apabila Pengerusi Tetap Muktamar, Abu Kassim tidak menyebut namanya dalam rangkaian nama-nama veteran Pas yang berjiwa besar dan berjasa. Ketika itu juga terfikir apakah Ustaz Yahya tidak hadir?

Begitu melihatnya yang baru bangkit hendak meninggalkan tempat duduk saya mara ke arahnya. Ustaz Yahya terus menggamit dan memanggil nama saya. Stail beliau (sling Arab) menyebut nama saya, cukup mendamaikan.

“Apa dia ustaz. Ustaz sihat ke,..?” tanya saya sambil bersalaman dan mengosot-gosot belakangnya. Ustaz Yahya saya kenal sejak tahun 1978-an lagi dan antara pemimpin Pas yang sedarhana, ikhlas dan sedia berkorban untuk berjuang. Beliau juga seorang berterus terang dan bercakap dari hati ke hati.

Sifat lemah lembutnya itu menyebabkan bukan saja burung-burung, bunga-bungaan tidak marah dan sukakannya, makluk bernama manusia juga sayang kepadanya.

Saya masih ingat ketika saya menulis buku “Hikayat Tiga Abdul” yang pernah menimbulkan kontroversi dan tidak senang berberapa pihak termasuk besan Tok Guru, Abdul Fatah Haron beliau bertanya saya sendiri apakah tujuan saya menulis buku berkenaan.

Ketika berjumpa di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAB) di Subang beliau bertanya dari hatike hati. “Apakah tujuan enta menulis buku berkenaan, Sayuti? Apakah enta mahu mereka digugurkan?” Ketika itu beliau hendak berangkat ke Kota Bharu kerana sebelah petangnya meyuarat Dewan Harian Pas yang akan menentukan kedudukan nasib tiga tokoh yang saya persoalkan dalam buku berkenaan.

“Tidak ada niat saya sampai ke situ ustaz. Saya hanya ingin tegur saja. Mereka kawan saya dan menengur adalah kewajiban saya bila mereka melakukan kesalahan. Saya penulis mereka ahli politik. Ana rasa apa yang ana buat itu betul!” jelas saya.

“Jadi enta bukan bermaksud mahu mereka dibuang (lucutkan) jawatan?” soalnya tenang tetapi serius.

“Iya ustaz.. kalau berlaku itu ke atas mereka ia sungguh menyesalkan,” tekan saya. Ustaz Yahya hanya terdiam. Dan besoknya saya mendapat tahu ketiga tokoh berkenaan dilucutkan kedudukan masing-masing. Saya yakin Ustaz Yahya tidak dapat membelanya walaupun telah mendapat penjelasan daripada saya. Sudah terlewat.

Ustaz seorang ini memang hebat dan dikenali serta dihormati bukan saja di peringkat nasional tetapi peringat antarabangsa juga khasnya di Timur Tengah. Jika para pemimpin gerakan Islam Timur Tengah datang ke Malaysia beliaulah yang menjadi ‘menteri’ pengiringnya. Ketinggi ilmunya dihormati bukan saja oleh ahli Pas, tetapi pemimpin Umno juga.

“Ana nak tanya enta sebagai penulis bebas. Bagaimana keadaan sekarang…?” katanya sambil membalik-balik telapak tangannya. Saya faham apa yang hendak digambarkan oleh Ustaz Yahya ialah keadaan dalam Pas hari ini yang tidak keruan!

“Kita kena duduk ustaz, bincang… dan ana pun memang nak tanya beberapa perkara dengan ustaz..?” balas saya. Memang itulah niat, bila timbul apa yang saya namakan sebagai salah teknik dalam Pas dewasa ini untuk bermuqabalah dengan Umno.

“Ana tengok kedua pihak ada hujah masing-masing ustaz. Kenapa berlaku semacam percanggahan ini kerana semangat uhkwah di kalangan Pas sudah kurang tidak macam dulu!” kata saya. Ustaz Yahya mendengar penuh minat.

Belum habis dan percakapan saya dengan Ustaz Yahya belum sampai mukritnya tiba-tiba seorang anak muda datang bersalaman dengannya. Saya sama sekali tidak kenal dengan anak muda ini. Lagaknya dan gayanya boleh tahan juga.

“Inilah orang yang menjadi sebutan sekarang, inilah menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz…?” jelas Ustaz Yahya memperkenalkan anak muda itu kepada seorang veteran yang bersama dengannya. Mungkin Ustaz Yahya menyangka saya sudah kenal anak muda berkulit hitam manis dan bersongkok ini maka beliau tidak perlu perkenalkan saya dengan anak muda jantan ini.

Bila Ustaz Yahya sebut menantu Tok Guru, baru saya sedar dan kenal siapa anak muda berkenaan, dia ialah Arif Fahmi Abdul Rahman, menantu Tok Guru yang dikaitkan dengan isu siasatan BPR ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK). Lelaki yang dikatakan menggunakan kereta pancuan empat roda yang berharga lebih mahal daripada 100 ekor kerbau.

Selepas dia bersalaman dengan Ustaz Yahya dia menyambut tangan saya yang terhulur kepadanya, bersalam. Anak muda bernama Arif Fahmi ini nampak kurang selesa dengan saya dan hanya memandang dengan ekor mata saja. Mungkin marah dengan tulisan saya tempoh hari yang mengkritik bapa mertuanya yang mempertahankan isu kronisme.

Ini dapat dikesan bila saya mengeluarkan kamera dia minta agar jangan ambil gambarnya. “Nak masuk blog ke…?” katanya sambil mengelakkan mukanya. Saya mengakuri permintaaanya dan hanya memotretkan gambar Ustaz Yahya saja untuk disimpan sebagai kenangan.

“Macam mana?” tanya Ustaz Yahya kepada anak muda ini.

“Alhamdulilah… ustaz doa-doakanlah ana…” katanya. Menyelami daripada kata-kata itu dapat dirasakan mungkin anak muda ini dalam keadaan tidak berapa tenteram! Iya kalau dia dalam keadaan selesa dan yakinkan diri kenapa harus cemas apabila melihat kamera saya? Silau sangatkan flash kamera saya?

Pertemuan singkat itu dapatlah saya mengenali wajah dan sosok tubuh Arif Fahmi. Dalam pandangan pertama saya, melihat gayanya pemuda ini berpotensai untuk jadi hebat. Songkok yang dipakainya juga menggambarkan dia seorang profesional. Jadi barangkali betullah, tepatlah kalau bapa mertuanya mengambilnya untuk jadi Ketua Pegawai Operasi PMBK ia satu pilihan tepat.

Dan mungkin tepat juga kalau beliau terus dinaikkan pangkat ke jawatan CEO sebuah syarikat milik Kerajaan negeri yang kini khabarnya ketiadaan CEO. Menantu yang boleh menolong meringankan kerja bapa mertua, apa salahnya! [penang 8:00 am 16/08/08]

blog MSO di sini

~ by penulis blog on August 18, 2008.

 
%d bloggers like this: