Rakaman Sumpah Keramat Saiful yang diremehkan Anwar dan diperlekehkan Hj Hadi !!!

Sepatutnya Anwar terlebih dahulu bersumpah demi mempertahankan dirinya kerana beliau salah seorang pemimpin utama di Malaysia. bahkan bekas TPM pula. Namun Saiful lebih berani berhadapan dengan Anwar dan beliau sanggup mengorbank maruah dirinya agar keadilan akan terbela menerusi sumpah yang dilafazkan.

Namun Anwar pandai bersandiwara lagi. Pas pun turut berkata ; Sumpah Saiful tidak mengikut Al Quran dan Sunnah kerna menggunakan Al Quran.

Barangkali Hj Hadi yang membuat kenyataan tersebut perlu meneliti kembali rakaman tersebut kerana sumpah Saiful lengkap kerana disertakan Wa , Bi dan Ta ( syarat sumpah dengan nama Allah ) yang mesti didahului tiga huruf sebelum Allah tersebut.

Maka apa lagi Hj Hadi mahukan apabila mengatakan ia tidak mengikut Islam( klik tulisan warna ), kecuali selepas dijanjikan barangkali sesuatu jawatan lumayan membela Anwar selepas dia sebelum ini nampak amat kecewa dengan PAS dipinggirkan ( jangan lupa : kecewa kerana bergabung dengan DAP dan PKR )..

Islam sudah berjaya ditonjolkan oleh PAS melalui slogan dan tindakan mereka, namun Islam juga berjaya dijahanamkan oleh PAS dengan menyokong Anwar yang pro Barat dan terbukti sangat erat hubungannya hingga meliputi orientalis barat ( lanjut di sini ) yang membelanya secara terang terangan tidak termasuk orang orang besar Amerika seperti Al Gore, S/U Amerika Rice, JR Biden dan lain lain.

Lihat rakaman berani kerana benar oleh Saiful Azlan di bawah :

~ by penulis blog on August 16, 2008.

2 Responses to “Rakaman Sumpah Keramat Saiful yang diremehkan Anwar dan diperlekehkan Hj Hadi !!!”

  1. Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu “Anwar Liwat Saiful”. Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.

    Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

    Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

    Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

    In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

    Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

    Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

    Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

    Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat

  2. tekpom cakak mcm robot kener control tekpom..
    nok cayer ganer?
    watallahhi pun payoh nok bacer..
    bacer alfatihah pun saloh,,.
    walladhooollin..
    mat a’ridlissukun kat ngelas tu dok betul..
    main sumpoh2 ni..
    ingat plok maser zaman kecik2..skit2 suppoh..
    tobak..lillah..rekok..
    umno lening nok jadi budok2 kot…
    sapa semua nok pakat suppoh..
    dakper r..
    nok cabar Allah swt..
    dok dang kat dunia..
    mung jupe nyiurlaa akhirat kekgi

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: