YB Zulkifli Nordin diancam gangster Non Muslim ekoran protes Bar Council ? Anwar kena jawab segera !

Saya mencari cari juga berita pasal penentang protes YB Zulkifli Nordin ini. Namun setakat yang diberitahu dan saya ketahui, beliau menghilangkan diri.

Sama kes P Balasubramaniam, beliau juga menghilangkan diri.

Terdetik juga di hati saya adakah semua yang menentang Anwar perlu menghilangkan diri atau ‘dihilangkan’ dirinya dari orang ramai ?

Jika betul ini sudah menjurus kepada politik ala gestapo dan mossad ; kerana ia berlaku berturut turut selepas ada aksi ‘luar tabie’ yang menjejaskan nama baik Anwar pasti akan berlaku demikian.
Adakah Zulkifli dan P Balasubramaniam ditangkap polis atau ditangkap oleh Anwar sendiri ?

Kerana kita semua tahu Anwar baik dengan Paul Wolwofitz yang menjadi arkitek perang di Iraq. Jika ratus ribu dibunuh di Iraq maka apakah susah ‘ menghilangkan ‘ batu penghalang kepada usaha Anwar menjadi PM tidak lama lagi ?

Bahaya dan memang bahaya andaian saya.

Jika salah saya minta maaf tetapi apakah tidak logik andaian ini kerana ia berdasarkan fakta jelas hubungan Anwar dan Amerika hingga berkokoklah Amerika membantah kes Anwar dari ahli politik, hingga ‘ulama palsu’ serta ‘orientalis’ bagi menekan negara kita !

Adakah Anwar sangat penting ? Adakah peranan Anwar sangat diharapkan kerana Anwar bakal mengemudi negara Islam paling berjaya di dunia tidak setakat di Asia ?

Anda dan saya boleh nampak dengan jelas agenda ini dan tentu sekali hadis tentang Islam akan naik dari timur menjadi sebabnya.

Malaysia antara negara berpotensi dan sekarang sudah nampak kelebihannya berbanding negara lain yang masih ketinggalan dari segi pengamalan agama di kalangan masyarakat malaysia.

Cukup dengan keamanan Malaysia dan pertumbuhan ekonominya sahaja sebagai bukti keberkatan di negara kita berbanding negara lain.

Bukankah Allah akan menjaga jika kita bersyukur ?

Kesimpulannya : YB Zulkifli Nordin sudah diancam dikenakan tindakan dan ini akan ditunggu ramai orang bagaimana reaksi Anwar menangani kes ini dan keputusan pilihanraya kecil akan menjadi jawapan kepada reaksi rakyat terhadap komitmen Anwar terhadap Islam.

Sila baca di blog Mohd Sayuti Omar ; tentang komen pengunjung yang mengatakan beliau diancam oleh gengster non muslim isu di atas….

blog beliau ada di sini

~ by penulis blog on August 13, 2008.

3 Responses to “YB Zulkifli Nordin diancam gangster Non Muslim ekoran protes Bar Council ? Anwar kena jawab segera !”

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim lah yang selamatkan Y.B. Zul.

    Harap jangan perlekeh HAL UMMAT ISLAM dengan kata nista dan fitnah, ANWAR IBRAHIM seorang ISLAM dan Y.B. ZUL pun seorang ISLAM, DSAI akan menyelamatkan Y.B. Zul yang dianggap TALIBAN oleh geng2 non-muslim.

    Harap jangan nak memburukkan rakan sesaudara ISLAM kamu.

    Wallahua’lam.

  2. Itulah bagi saya susahnya YB Zul nak mempertahankan islam dalam PKR memandangkan ramainya anti-islam mengelilingi DS Anwar Ibrahim…
    Kpd YB Zul…kalau nak mencuci najis janganlah terus terjun kedalam tangkinya..

    Fikir2 lah……….

  3. saya merasa bangga dengan YB Zul kerana mengatakan yang hak walaupun ia menimbulkan rasa marah rakan2 non muslim.. bg saya, YB Zul lg bagus dari rakan-rakan di PAS yang menggunakan agama ttp langsung tidak berani mempertahankan Islam.. sy akan sokong sesiapa saja yg memperjuangkan Islam. Sejujurnya, sy dh hilang keyakinan dengan PAS. Kini sy yakin dgn kata-kata dr orang tasawuf bahawa PAS cuma memperdagangkan agama utk kepentingan politik.. maaflah wahai ulama-ulama PAS. Islam itu dari Allah dan bukannya milik golongan PAS. Semoga kita semua berfikir dgn waras dan bukannya menjadi golongan taksub yg menutup fikiran kepada kebenaran dan hak hya kerana kepentingan kepartian.

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: