Gempar !!! 17 MP jumpa bomoh nak seberang ke PR ?

Selasa, Julai 22, 2008

Bomoh dan lompat parti

Ada 52 hari lagi tempoh yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk membuktikan ‘janji’ Anwar berhubung peralihan tampuk kuasa kerajaan. Selewat-lewatnya pada 16 September ini, sejumlah besar Ahli Parlimen BN akan berhijrah ke Pakatan Rakyat, sekali gus membentuk kerajaan baru, menurut Anwar.


Laporan di atas dipetik dari tabloid Buletin Rakyat (1 Ogos). 17 Ahli Parlimen Umno, MCA, Gerakan dan MIC datang berjumpa bomoh bagi:

1. Mengetahui tarikh sesuai untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat
2. Potensi dilantik sebagai menteri
3. Masa depan dalam Pakatan Rakyat
4. Meminta rawatan bagi kenaikan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri
5. Minta pendinding diri agar rakyat kasih kepadanya

Ini pengakuan bomoh berkenaan, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti dan butir lanjut Ahli Parlimen berkenaan.

Hahaha!

Apa punya lucu tindakan mereka. Lebih baik minta jadi Perdana Menteri!

~ by penulis blog on July 24, 2008.

 
%d bloggers like this: