Arwah Ibu Anwar Ibrahim pesan : matikan hasrat ingin menjadi Perdana Menteri !

Ini pesanan arwah DSAI pertama sekali saya baca dan lihat di Detik Daily, – klik sini artikel asal –  satu saluran berita dan pendapat politik Ahmad Lutfi Othman.

Pesanan seorang ibu kepada anaknya sendiri yang telah dipenjara hingga ‘ memeritkan hati’ ibunya sendiri yang pasti tidak akan tahan melihat anak kesayangannya dipenjara.

Akhirnya si ibu sudah berwasiat kepada Anwar dan kita nampak dengan jelas Anwar tidak menghiraukan nasihat arwah ibunya jika benarlah pesanan atau wasiat di atas diucapkan oleh bonda Anwar sendiri sebelum mati..

Ahmad Lutfi Othman memang kuat menulis dan rajin membuat kaji selidik.. Beliau juga orang yang kuat menentang Anwar dan menghasilkan banyak buku tentang Anwar dan juga kaitannya dengan ‘ agen asing’…seperti contoh buku di bawah :

Majalah TAMADUN tahun 1998 juga telah menyiarkan perbualan atau wawancara beliau dengan Mohamad Sabu tentang Anwar sebelum dipecat dari KABINET oleh Tun Mahathir pada 1997 ekoran kesungguhannya meminta Malaysia menerima perjanjian IMF di tengah kegawatan ekonomi seluruh Asia pada ketika itu.

Lutfi juga menulis tentang keraguannya berkenaan kepimpinan Anwar dengan sebuah buku bertajuk : Layakkah Anwar pimpin reformasi ( klik sini )

Kesimpulannya : Anwar sudah diwasiat agar berhenti dari meneruskan hasrat menjadi PM dan berbagai buku berbeza tajuk sudah disiapkan dan beredar di pasaran mengenai Anwar yang sangat tidak berkarisma dan diragui kepimpinannya serta integriti yang ada pada beliau.

Butiran lain tentang Anwar dan pertembungannya dengan PAS dan Mahathir anda boleh klik di sini.

Moga Allah menjaga kita dari dipimpin pemimpin yang ‘ kurang mesra Islam’ dan ‘Melayu’!

Dan semoga Anwar tidak menjadi Si Tanggang Moden yang menderhaka kata kata ibunya sendiri !!

amin..

~ by penulis blog on July 23, 2008.

 
%d bloggers like this: