Nik Aziz tidak sependapat dengan Hj Hadi isu muzakarah ?

Muzakarah UMNO-Pas * Serah kepada Hadi

KOTA BHARU 20 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO bagi membincangkan isu perpaduan Melayu dan umat Islam.

“Pendirian saya macam saya sebutlah, tidak ada berunding-berunding dengan UMNO. Kalau hendak berunding juga, jumpa dengan orang lainlah, saya tidak.

“Jumpa dengan peribadi-peribadi tertentu bagi memujuk mereka supaya faham bahawa hidup di dunia, baik pegangan apa pun, merupakan bekal ke akhirat… terserahlah kepada Presiden (Pas),” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa muzakarah antara UMNO dan Pas telah bermula dengan pertemuan di peringkat jawatankuasa yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu.

Tanpa menyebut bila pertemuan itu diadakan, Perdana Menteri memberitahu, sehingga kini sebanyak tiga pertemuan telah diadakan oleh jawatankuasa tersebut.

~ by penulis blog on July 21, 2008.

One Response to “Nik Aziz tidak sependapat dengan Hj Hadi isu muzakarah ?”

  1. Tuan Guru Nik Aziz ni bukan flip-flop sangat.. cuma nak cari jalan terbaik untuk menegakkan prinsip dia dengan cara berhemah.
    agar orang tak berasa hati sangat.
    cubalah baca artikel ambo :
    Pak Lah, Hj Hadi kena pukulan KO nik aziz
    http://cekka.wordpress.com/2008/07/28/pak-lah-hj-hadi-kena-pukulan-ko-nik-aziz/

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: