Azizah dan anak diletupkan dalam lif !!!

Berita di blog Mohd Sayuti Omar menceritakan kisah di atas. Bagaimana lif yang dinaiki Azizah dan anak tiba tiba meletup dan berasap !
Wah, semakin menarik cerita Anwar ini. Nampak sangat mereka ingin mengatakan polis punya angkara, dengan cepat kita akan teringat ; jika Altantunya boleh diletupkan dengan bom C4 tentu orang lain pun boleh juga.
Jika Anwar terjatuh dalam tandas dan luka pun mereka akan kata polis juga punya angkara. Jika Azizah semput nafas kerana memikirkan masalah Anwar pasti polis juga akan menjadi sasaran kemarahan.
Dalam hal ini, persepsi sedang dibentuk agar rakyat tidak akan ingat lagi kes liwat tetapi dialih kepada ‘konspirasi’ pihak atasan termasuk hubungannya dengan PM dan semua menteri menteri selagi boleh mereka kaitkan seramai mungkin.
Ini taktik orang politik. Mencari isu bagi meningkatkan sokongan kepada mereka…Dan anda kena melihatnya dari ‘luar kotak’ dan dari 3D ( dimensi ) semua yang berlaku.
Azmin tidak boleh dipercayai. Dia hanya ‘ balaci’ Anwar yang setia demi mendapatkan ‘ sesuatu’ meskipun banyak ‘ hantu hantu’ disembunyikan dari pengetahuan umum demi menaikkan darjat Anwar dari bekas banduan kepada Wali terbilang !
Tentu selepas ini mereka akan kata ; polis yang merancang lif Azizah dan anak diletupkan. Mereka akan kata polis ingin menakutkan ketua pembangkang Malaysia itu… Akhirnya lembu punya susu sapi dapat nama .
Baca kisah di bawah sepenuhnya :
Azizah dan Hanan Terperangkap Dalam Lif di IPK

Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bersama anak perempuannya Hanan kini sedang bergadai nyawa setelah terperangkap dalam lif di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) di Jalan Hang Tuah.

Kejadian itu berlaku setengah jam tadi, demikian menurut Naib Presiden Mohd Azmin Ali yang dihubungi menerusi telefon.

Katanya lif yang dinaiki Wan Azizah dan Hanan tiba-tiba meletup dan berasap.

Usaha untuk mengeluarkan Azizah dan Hana sedang dilakukan. Lif berkenaan sedang dikopek, demikian menurut Azmi dalam nafas tercungap-cungap.

Manakala pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil untuk membantu baru tiba sejurus tadi.

Wan Azizah dan Hanan masuk ke dalam lif untuk naik ke satu tingkat bagi menyerahkan tuala dan berus gigi dan sabun kepada suaminya Anwar Ibrahim yang ditahan di ibu pejabat polis itu. [jln phg 12:30 am 07/06/08]

~ by penulis blog on July 17, 2008.

One Response to “Azizah dan anak diletupkan dalam lif !!!”

  1. agaknya kalau jijah terkentut sampai terkincit dalam seluar pun azmin tercungap-cungap…hahahahaha

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: