PROTES tak benarkan azan !

Baca di bawah ini http://demokorup.blogspot.com/

Perihal azan tidak dibenarkan dilaungkan.

PAS sudah tidak sensitif atau sudah ‘ negatif ‘ ?

Tuesday, July 8, 2008

PROTES: PUNAH !!! Itu Ucapan Saya Ketika Masuk Stadium

Saya sampai ke Stadium Kelana Jaya pada pukul 10 lebih, perasaan gemuruh dan berdebar terasa dihati seperti setiap kali menghadiri demo-demo yang lain. Namun setelah sampai ke stadium, perasaan itu hilang dan lapar pula yang terasa, maklumlah setelah melihat deretan kedai menjual pelbagai makanan, alah… macam program ceramah Pas tu lah.. .

Tuntasnya Program PROTES ahad lepas tidak ubah seperti program ceramah dan program penerangan yang lain. Ia tidak layak dipanggil demonstrasi atau tunjuk perasaan. Kerana perasaan gelodak dijiwa ingin ditunjuk kepada siapa, tiada siapa yang terkesan dengan perasaan yang ditunjuk. umno bn tersenyum sengeh melihat jumlah yang datang hanya beberapa kerat sahaja, cuma program kemuncak pada malamnya agak ramai berbanding siang.

Saya bersama seorang sahabat berada di stadium ini untuk memberi sokongan dari jam 10 pagi hingga 7.00 petang. Jadi banyak kepincangan yang saya dapat lihat dalam program ini, namun hanya sebahagian saja yang ingin dikongsi….

Pertama: Jumlah kehadiran yang ciput menyedihkan saya, hal ini adalah kerana para reformis dan ‘pejuang jalanan’ merasakan ini bukan tempatnya untuk berdemo.

Kedua: Ketika program ingin berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengah hari, pihak penganjur telah mengumumkan untuk mengadakan solat zohor secara berjamaah di tengan padang. Nak jadi cerita setelah masuk waktu, tidak ada orang yang azan dan ramai juga yang solat di surau stadium. Maka seorang ustaz dari Gombak kebetulannya kawan sekampung saya, telah ke pentas urusetia untuk melaungkan azan. Setelah diminta untuk dipasang speker, pihak penganjur berkata “tidak boleh” terus ustaz tersebut menjawab “habis tu nyanyi boleh pulak“. Akhirnya ustaz tersebut hanya diberikan healer yang suaranya hanya mampu pergi sejauh sejengkal katak sahaja. Sedangkan ramai hadirin yang menyaksikan sahaja kami bersolat ditengah padang, seolah-Olah kami sedang membuat pertunjukan.

# Pihak Penganjur tidak menekankan soal ibadat solat, sedangkan “perhimpunan” ini lah yang paling patut disertai oleh semua umat Islam yang hadir, kerana solat dan doalah senjata yang paling berharga buat kita semua.

Ketiga: Pendedahan aurat dan Pergaulan yang agak bebas diantara lelaki dan perempuan. Mungkin diatas nama demonstrasi atau tunjuk perasaan semua ini dimaafkan. Sepanjang tempoh saya berada disana tidak kedengaran pihak penganjur memberi ingatan kepada hadirin supaya menjaga akhlak dan aurat. Sedih juga melihat muda mudi melayu kat sini. (atau mungkin selepas kita kuasai kerajaan pusat, kita boleh berdakwah kepada mereka ini, atau bila didakwah sekarang takut nanti mereka lari) begitu ke ??.

Keempat: Hiburan yang melampau. opp!! nanti saya jelaskan, saya bukan anti hiburan, malah saya menyambut baik persembahan oleh Dinsman, black, Mat sabu dan beberapa penyanyi lain yang banyak membawa lagu-lagu yang dapat membangkit semangat perjuangan dan mendedahkan penyelewengan pihak kerajaan. Namun, saya tidak setuju sama sekali dengan persembahan dan nyanyian underground yang keterlaluan, rock yang melampau dan muzik yang berat. Sehinggakan nak pecah anak telinga saya, sedangkan tidak dapat ‘dipegang’ dan difahami butir percakapannya. Walaupun liriknya bagus tapi muzik dan cara persembahannya tidak bagus, dengan melompat-lompat dan henjut kepala, dah la rambut panjang berjela… itu belum disentuh tentang hukum bermain alat-alat muzik lagi. Itu saya bagi kepada orang lain untuk diulas..

Tidak hairanlah sesampainya saya di stadium, seorang sahabat menegur, “ini bukan demo, ini menghanyutkan jiwa” Lantas saya menjawab “Punah!!, Punah….

Patullah yang lebai-lebai dan ‘kuat agamanya’ ‘gulung tikar’ balik kampung awal-awal lagi.

Sebenarnya nun jauh disudut hati saya untuk balik setelah program selesai iaitu pada pukul 12 malam tetapi setelah mendengar lagu pertama dari kumpulan carburator dung, hati saya menjadi marah, mana tidaknya melompat-lompat macam…. dan paling menyakitkan hati setelah tamat lagu pertama, penyanyinya berkata “budaya di Malaysia ini semuanya tidak boleh, itu tak boleh ini tak boleh”. mungkin beliau merujuk kepada lagu dan persembahan mereka yang terkinja-kinja itu.

Mungkin bagi Hisamudin Rais persembahan begini biasa di barat, sebab disana ramai penyanyi lagu rock berat-berat ini menghentam ketidakadilan pihak pemerintah didalam lagu mereka, tapi ini Malaysia negara timur….budaya kita jauh berbeza. Saya terus keluar stadium untuk pulang dengan perasaan hampa. Mungkin ketika saya keluar stadium inilah berlakunya insiden baling-membaling yang cukup bersejarah itu. Biasanya bertempur dengan polis tapi hari ini bertempur sesama sendiri pula.

Akhirnya, saya memohon kepada semua pemimpin pakatan rakyat agar tidak mengulangi lagi perkara ini dilain kali. Rakyat tidak ‘turun’ pada program PROTES bukan kerana takut kepada polis dan tentera tapi disana ada ‘kelemahan’ yang perlu dibedah siasat segera. Juga diharapkan semua pimpinan memohon maap kepada rakyat di atas ‘ketidaksengajaan’ ini terutamanya DR Hatta dan Hisamudin Rais selaku pengerusi dan pengarah program. Permohonan maap anda ketika insiden tersebut dibimbangi tidak sampai kepada semua rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat.

MATLAMAT TIDAK SESEKALI MENGHALALKAN CARA…!!!!

SAKSIKAN SEDUTAN INSIDEN TERSEBUT….

0 comments

~ by penulis blog on July 12, 2008.

 
%d bloggers like this: