Anwar Ibrahim dan kata pedas Mat Sabu 10 tahun dahulu !!

tamadun1.jpg

tamadun2.jpg

tamadun3.jpg

tamadun4.jpg

tamadun5.jpg

tamadun6.jpg

Semua di atas adalah realiti dan fakta 10 tahun lalu. Sebelum dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dan hari ini berjuang mendaki jawatan tertinggi parti dan negara denga cara mendapatkan sokongan dari ahli politik kawan dan lain parti…walau pun lompat parti sekalipun.

Kenyatannya Anwar manusia yang ‘sanggup buat apa sahaja’ dan itulah keadaan sekarang. Dengan USA atau bangsa Yahudi seperti Paul Wolfowitz juga tidak kira asalkan dapat peluang naik dan mendapat sokongan dari Kuasa Besar Dunia itu yang tidak ubah seperti Dajal akhir zaman yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w…

PAS dan Mat Sabu sudah lupa. Demi kepentingan kuasa dan harta mereka lupa juga akhirnya. Tetapi mulut mereka telah dirakam dalam lembaran kertas yang tidak lupa ingatannya. Dan di atas adalah bukti di atas ‘hipokrit’ parti politik Islam bernama PAS hingga ‘menjilat kembali’ ludah dan kahak yang telah disembur bertubi tubi 10 tahun lalu dan menelannya kembali dengan lebih lazat lagi sehingga mereka telah bergabung selepas pemecatan DSAI sebulan lepas itu.

Mahathir mungkin kejam, tidak berperikemanusiaan dan apa sahaja dakwaan pembangkang tetapi rupa rupanya ‘kepedihan’ sesetengah pihak lantaran DSAI dipecat itu telah menjadi ‘ubat’ kepada kekentalan negara kita mengharungi kelesuan ekonomi masa itu yang akan berulang lagi ketika ini ekoran krisis makanan dan kenaikan minyak yang sangat melampau ketika ini.

Politik adalah medan menegakkan keadilan dan juga mendapat kemasyhuran dan keberadaan di kalangan masyarakat. Namun keburukan dan pengkhianatan akan terdedah juga akhirnya meskipun disembunyikan kerana kuasa Allah tidak ada sesiapa mampu melawannya.

Cuma, di manakah Ahmad Lutfi sekarang ini selepas melihat hubungan yang terjalin antara PAS PKR DAP yang menyaksikan semakin banyak kekeliruan timbul, bukannya kejernihan dari perlaksanaan pemerintahan PAKATAN RAKYAT tersebut di 5 negeri yang mereka kuasai.

~ by penulis blog on June 13, 2008.

 
%d bloggers like this: