Tan Sri Sanusi Junid Ditamatkan Perkhidmatannya?



Berita yang belum rasmi mengatakan, pihak berkuasa di Putrajaya dipercayai telah mengarahkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memendekkan khidmat Tan Sri Sanusi Junid – mantan Menteri Besar Kedah, mantan Menteri Pertanian dan mantan Setiausaha Agung UMNO – selaku presiden universiti tersebut sebelum tamat tempohnya sekitar dua tahun lagi.

Sebab-sebab utamanya belum diketahui. Bagaimanapun, masyarakat umum mempercayai ini adalah kerana Sanusi telah keluar daripada UMNO mengikuti jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbuat demikian kira-kira 10 hari lalu. Sanusi adalah bekas ahli UMNO dengan nombor keahlian 000000007. – Ruhanie Ahmad

~ by penulis blog on June 5, 2008.

One Response to “Tan Sri Sanusi Junid Ditamatkan Perkhidmatannya?”

  1. Tan Sri Sanusi Junid harus di berhentikan sebagai Presiden UIA dengan secepat mungkin..

    Tingkah laku nya sekarang tidak lansung menunjuk tata susila sa orang Presiden sebuah universiti Islam.

    UIA adalag sebuah universiti Islam dan Presiden nya seharusnya adalah sa orang Sarjana Islam yang di segani dalam masyarakat Islam di rantau ini malahan sepatautnya sa orang yang si sanjung tinggi oleh dunia Islam dan mendapat sokongan dari golongan cendikiawan Islam antarabangsa.

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: