adik VK Lingam kalah di Rembau ?

Antara kes menarik perhatian hari ini ialah kemenangan KJ melawan petisyen yang difailkan oleh Chegu Bard, dan akhirnya KJ kekal sebagai MP Rembau…

Badrul Hisham diwakili empat peguam — Robert Lazar, N.Sivanathan, Razlan Hadri dan Sheila Lingam.

Khairy diwakili peguam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Bukhari manakal SPR diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Al Saifi Hashim, Siti Salwa Musa, Sharifah Haslina Syed Omar dan Suhaila Haron.-Bernama

Antara celah celah nama tersebut ada satu nama iaitu Sheila Lingam ada disebut. Kebetulan VK Lingam masih lagi menjadi isu hangat tentu mata saya mudah ‘terpesona’ dengan mana mana nama se’waktu’ dengannya.

Adakah Sheila Lingam adik VK Lingam ? atau bukan adik tetapi sekadar peguam dari sebangsa semata mata ?

Saya cuba cari maklumat tetapi tidak berjumpa… anda tahu ? bagitahu saya di ruang komen di bawah….

~ by penulis blog on June 4, 2008.

2 Responses to “adik VK Lingam kalah di Rembau ?”

  1. Sheila Lingam ni bukan adik VK Lingam. Sheila Lingam nama penuhnya Sheila Ramalingam berusia awal 30-an.

  2. Ya la, Sheila Lingam ini orang lain. Sheila Ramalingam. Dia takde hubungan dengan VK Lingam atau mana-mana lingam yang jadi loyar.

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: