Dr M: Ganti pimpinan Umno sekarang – malaysiakini

Apr 12, 08 11:04pm
Peralihan pucuk kepimpinan Umno harus dilakukan sekarang bagi memastikan Umno dapat dipulihkan dan memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi semula negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir mohamad 180108Mantan perdana menteri berkata kerja untuk memulihkan parti akan mengambil masa yang panjang dan “kita akan ada pilihanraya tidak lebih dari lima tahun.”

“Lima tahun bukan satu masa yang panjang. Jadi jika tidak diadakan peralihan sekarang, kita mungkin tidak cukup masa untuk menarik balik orang parti kita yang telah mengundi parti lawan, terutama jika parti lawan cekap, (dan) mereka membuat pemerintahan yang cukup baik di Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor, masa itu kita sudah tidak dapat balik, sebab itu kita perlu bertindak sekarang,” katanya.

komen saya :

Tun sudah menzahirkan penentangannya terhadap Pak Lah yang belum lagi turun dari kerusi PM nya hingga saat ini..

Meskipun sebenarnya Pak Lah sudah ingin meletak jawatannya pada malam keputusan pilihanraya lalu ( menurut kawan2 penulis ) namun ia tidak menjadi kenyataan lantaran desakan Timbalan Perdana Menteri yang tetap mahukan ia dialih dengan licin dan secara bijaksana.

Kegawatan politik akan memberi kesan kepada sosial dan agama hingga mengganggu tumpuan dan minat pelabur untuk datang ke Malaysia.

Kita setuju jika Pak Lah turun tetapi adakah najib boleh menjalankan pentadbiran seperti Pak Lah yang suci dari kes kes rasuah atau salah laku ?

Najib sedang bertarung dengan kes ALtantunya yang dikaitkan dengan beliau dan ia tidak semudah itu untuk ditutup kerana ia diikuti oleh seluruh dunia kerana membabitkan penggunaan bom c4 dan juga warga Mongolia.

Oleh itu, pilihan yang ada ialah menyokong Pak Lah hingga Najib boleh membebaskan dirinya sendiri melalui penghakiman mahkamah…ini akan mengelakkan beliau menjadi sasaran tidak terjangka dari pihak pakatan rakyat yang telah memenangi moral pilihanraya yang lalu dengan kejayaan terbesar setakat ini dengan memerintah 5 negeri ..

Atau menyokong Anwar yang juga tidak sunyi dari tuduhan pro YAHUDI dan AMERIKA SYARIKAT…

Kita juga tentu boleh menyokong Lim Guan Eng atau Hj Hadi sebagai PM pilihan alternatif untuk memerintah Malaysia.

Moga Allah menjaga dari huru hara dan kehancuran Islam di Malaysia ! Amin

~ by penulis blog on April 13, 2008.

 
%d bloggers like this: