Blog Rasmi Keluarga Halimathon Yusof (Ibu Sufiah) Menangkis Salah Tanggapan

dari : Tranung Online
Posted on Sunday, April 13 @ 11:34:57 MYT by SongkokPutih

Artikel Pendek Oleh orangjohorlama

“Blog ni saya dihantar oleh seorang rakan kepada saya. Ini adalah blog rasmi yang dibuat oleh Halimathon Yusof iaitu ibu Sufiah menceritakan tentang salah anggapan yang diberikan terhadap keluarga beliau. Beliau berharap blog beliau dapat dihebahkan kepada seramai mungkin bagi mengatasi laporan akhbar yang berat sebelah walaupun maklumat yang diberikan oleh beliau dalam temuramah adalah yang sebenarnya.

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga beliau. Tiada seorang ibu yang mahu anaknya membuat kesilapan terutama seperti yang berlaku kepada Sufiah. Beliau menceritakan situasi sebenar yang berlaku di dalam blog ini bersama-sama dengan anak-anak beliau yang lain. Disamping itu beliau juga akan berkongsi teknik ‘home schooling’ yang diamalkan oleh beliau sehingga menjadikan anak-anak beliau lebih ‘advance’ dari orang lain.

Halimathon menyatakan tidak berlaku paksaan dalam teknik yang diamalkan oleh beliau cuma dengan kehadiran bapa Sufiah (Farooq) memberi tekanan kepada anak-anak mereka berpunca dari sikap panas baran Farooq.

Saya tidak mahu bercerita panjang hal keluarga beliau. Diharapkan kepada semua dapat membaca blog ini dan buat pertimbangan dengan akal yang waras. Blognya boleh dilawati di alamat dibawah:

~ by penulis blog on April 13, 2008.

 
%d bloggers like this: