Penjelasan Sang Kelembai tentang ‘konar baring’nya

Roslan SMS menulis ( dipetik dari Harakah Daily )

Roslan SMS
Thu | Apr 10, 08 | 7:28:40 am MYT
Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru “konar baring” Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh Harakahdaily).Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap “konar baringnya” yang terbaru ini.

Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami “konar baringnya” itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah.

Kalau yang kasar di kalangan kita pun sekadar mengumpamakan Dollah sebagai PM yang “lembik” dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.

Kerana itu bila beliau “konar baring” sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.

Menurut Sang Kelambai beliau percaya yang ketika Dollah jatuh terlentang ini, maka Dollah perlukan pertolongan lalu bagi Sang Kelembai, inilah masanya untuk membantu Dollah agar Islam dan Melayu naik semula.

Kata beliau kepada saya, kaedah kita mungkin berbeza namun destinasi tujuan kita sama.

Biarlah Sang Kelembai dengan labu-labunya, walaupun beliau tetap sebagai kawan, tetapi kiranya beliau mula membantu Dollah sehingga menyerang musuh-musuh politik Dollah termasuklah pihak sebelah sini, maka ketika itu saya dan kawan-kawan akan berada di baris hadapan mempertahankan apa yang telah kami bina selama ini.

Adios Sang Kelembai! – n32.blogspot.com

~ by penulis blog on April 10, 2008.

 
%d bloggers like this: