Ketua Perusuh menulis …..

04.10.08

Iris Corporation Berhad

Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 2:05 am by Ketua Perusuh

Komentar saya kali ini berkisar kepada beberapa insiden yang berlaku (boleh diklasifikasikan sebagai jenayah terancang) dalam sebuah organisasi yang diberikan kepercayaan mengendalikan maklumat peribadi semua rakyat Malaysia. Organisasi ini adalah Iris Corporation Berhad (IRIS).

Disini saya petik maklumat yang tersedia dilaman web Iris Corporation Berhad (www.iris.com.my);

“IRIS Corporation Berhad is a global security solution provider with core expertise in the area of securing government security documents i.e. National ID and Passport. Incorporated in 1994, IRIS is the first company in Asia to set up fully integrated manufacturing facilities for Contact and Contactless Smart Cards, Contactless Document Inserts and assembled Module in Tapes and Reels.

IRIS pioneered the world’s first electronic passport and national multiapplication smart card with the implementation of the Malaysian Electronic Passport in March 1998 and MyKAD – the Malaysian Government Multi Purpose Card in April 2001. These technologies are deployed in many countries across the Asia, Middle East and Africa regions.

IRIS also provides a full range of smart cards readers, integrated terminals, card personalization equipment and biometrics scanner to complement the application of its smart card solutions.

Other IRIS products include the Digital Conferencing System and Immigration Autogate.

IRIS Corporation Berhad is an MSC Status company and is listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange.”

Apakah yang menjadi persoalan dibenak kita bila mendapat tahu bahawa Suruhanjaya Sekuriti telah “memfailkan saman terhadap lapan syarikat asing dan dua syarikat tempatan yang didakwa melakukan kesalahan manipulasi dan penipuan dalam pasaran saham Iris Corporation Bhd.”? Tentunya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kejadian ini yang dikisahkan ini berlaku pada tahun 2005 dan 2006.

Persoalannya sekarang ialah kenapa Suruhanjaya Sekuriti (SC) begitu lambat bertindak sedangkan beberapa maklumat telahpun disampaikan kepada mereka oleh beberapa pihak yang perihati pada pertengahan tahun 2005 lagi. Adakah SC dihalang oleh pihak-pihak tertentu? Adakah pimpinan peringkat tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada siasatan SC? Dimana perginya Badan Pencegah Rasuah (BPR)? Kenapa BPR tidak turut sama menyiasat perkara ini? Malah beberapa lagi kesalahan (boleh diklasifikasikan jenayah terancang) telah dikesan dilakukan oleh Iris Corporation Berhad (IRIS) termasuklah kegiatan mendedahkan maklumat peribadi yang terdapat dalam pangkalan data mereka kepada pihak ketiga.

Mengenai kes pemalsuan kad pengenalan (IC) yang mana terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan penglibatan beberapa pihak didalam IRIS dengan beberapa individu demi untuk mengaut keuntungan peribadi. Malah beberapa serbuan (yang disenyapkan daripada pengetahuan rakyat Malaysia) menunjukkan bahawa peralatan (perisan dan pekakasan) yang digunakan untuk membuat pemalsuan kad pengenalan dibekalkan oleh pihak IRIS.

Persoalan mengenai hak ekslusif mengeluarkan kad pengenalan MyKAD kepada Iris Corporation Berhad juga mengundang tanda tanya. Ini kerana pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diarahkan menggunakapakai khidmat IRIS tanpa tender terbuka. Malah ada pihak yang mendedahkan bahawa terdapat beberapa unsur rasuah berlaku dalam kontrak pembekalan MyKAD kepada JPN oleh IRIS. Telah dikenalpasti beberapa individu yang mengaut untung (laba) yang begitu besar atas perkhidmatan yang dibekalkan oleh IRIS kepada JPN.

Masalah keselamatan dalam negeri (akibat dari isu MyKAD dan Paspot Antarabangsa Malaysia) amat meruncing dan memerlukan satu kajiselidik dan penyelesaian cepat dan menyeluruh. Pendedahan kes saman oleh SC menunjukkan bahawa kesemua operasi dan perniagaan IRIS perlu disiasat dan diselidiki oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini adalah untuk memastikan bahawa kebocoran maklumat data peribadi awam dan sebagainya tidak menjadi lebih ketara dan seterusnya dapat dikawal.

Terlalu banyak kepincangan dalam operasi IRIS dan badan-badan kerajaan yang berkaitan namun ianya masih lagi tersimpan dan tidak didedahkan. Saya amat berharap mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kepincangan dalam operasi IRIS dapat mendedahkannya demi untuk menyelamatkan Malaysia.

~ by penulis blog on April 10, 2008.

 
%d bloggers like this: